Malam itu aku terjaga
dari
dodoian palsu,
yang nampak
indah tetapi tidak.
Seperti nyata
rupanya
manipulasi semata.
Mengapa
diberi
ruang dan detik
yang cantik,
tapi engkau sembunyi
satu rahsia yang sengaja kau senyap dan tak mahu berkongsi walau aku sering bertanya?
Benar, malam itu aku
terasa sesuatu
yang tak patut aku punya.
Aku sengaja
membiarkan diri terperangkap
dengan si jinak merpati.
Maaf.
Aku perlu pergi menjauh
supaya ralat rasa
dapat ku bendung
sebelum parah
aku menanggung.
*bukan senang nak tulis masterpiece neh!*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan