Isnin, Disember 12, 2011

CERTOT : SEMANGKUK

Sudah sekian lama dia tidak menyaksikan senyum manis pengubat tawarnya hati. Lama juga dia menyepikan diri. Selama itulah dia merasakan bahawa ada satu benteng yang sentiasa menyekat dia dari berperasaan yang indah-indah. Bukan sengaja. Ia sering terjadi dengan automatiknya tanpa sadar. Di luar kawalan dirinya. Memang dia selalu mengingatkan bahawa dirinya bukan sempurna dan terbaik mana. Masih ada lompong dan kelemahan yang perlu juga dibaiki. Hanya masa sahaja yang mampu menjadikan dia manusia separa sempurna.

Trauma dia pada si hawa yang lebih banyak meracuni hati nya itu menjadikan dia lebih berhati-hati. Menjadikan dia lebih teliti. Menjadikan dia tidak mahu mencari lagi. Sudah jelak barangkali. Puas juga dirinnya memakan caci maki, hentak bentak dan segala macam herdik hina. Dia sedar dia bukan lelaki mewah. Dia juga tahu bahawa dengan dialog manis, kata santun itu tak akan sedikit pun mengenyangkan, itu semua halusinasi semata-mata!

Cuma kini, ada sesuatu yang mengecam dirinya sendiri. Yang menjerat hatinya sendiri. Membikin hatinya seperti keliru kembali.

Semangkuk cookies home made, sebekas tutti frutti dan sekeping hati.


Di beri oleh si Manis yang selalu ada ketika dia hepi melayan diri.

p.s : juadah indah

Tiada ulasan: