Jadah apa lah malam itu. Persis pelesit kota, moto nya menderu laju. Habis segala undang-undang dia langgar. Apa saja yang menyekat laluannya akan dia rempuh tanpa banyak soal lagi. Apa yang dia tahu pada waktu begini dia harus ada di alam maya. Bukan lagi duduk melepak membuang masa. Walau sekadar menghirup segelas teh tarik dan menemani rakan-rakannya bersembang pasal bola mahupun pasal bohsia!
Kawan-kawanya yang bermulut puaka gelarkan dia Cinderella. Ini Cinderella Rempit namanya. Cilaka apa lah mereka ini! Bukan mereka tak tahu, ini sudah masuk tahun ke lima dia menduda. Acap kali ditipu dan diperbodohkan lawan jantinanya. Bukan dia jual mahal, cuma dia agak trauma dengan apa yang telah berlaku.
Kali ini tidak lagi. Dia sudah lama tidak menegur sapa lawan jantinanya, Kali ini dia betul-betul jual mahal. Paling mahal walau muka dia tidak lah sekacak Remy Ishak mahupun Aaron Aziz. Cuma jika tersenyum, maka tersembul lah lesung pipit yang menjadi pemanis dirinya.
Masuk malam ini, ini adalah malam yang ke seminggu, dia bermesra di laman muka buku. Bukan kerana lagu si Nawa Latiff yang menjadi hits masa kini. Ini adalah kejadian realiti. Kalau ikut kan sejarah, ini adalah sejarah yang agak janggal. Seorang gadis bergelar Maya Lara menegurnya dan selalu menyapa ketika dia beronline. Wah! macam bidadari syurga katanya! Setiap petah dan celoteh amat menyenangkan. Bila sehari dua, baru lah dia sedar, Maya Lara nya itu akan sentiasa berada di talian tepat jam 12 tengah malam.
Maka itulah, dia acap kali juga bergegas pulang semata-mata mahu turut sama berada ditalian. Tapi malam ini agak pelik dan janggal. Maya Lara nya itu tidak pula muncul. Mengapa? Rasanya belum lagi dia mahu menceritakan perihal personal mahupun peribadi. Belum lagi dia melamar mahupun bertanya soalan seperti "Mahukah awak menjadi biadari saya?"
Dia cuba berfikiran positif. Mungkin Maya Lara nya itu mengantuk dan penat dengan kerja. Yalah, manusia adakalanya juga terbabas dari kebiasaan. Inikan pula beronline. Dia tunggu dan tunggu. Dari sejam, masuk kedua, ketiga dan subuh! Maya Lara nya tidak juga muncul-muncul!
Dia hampa. Kecewa. Tiada tanda-tanda Maya Lara nya berada di talian. Wallpost fesbuk masih lagi sama seperti malam semalam. Tiada perubahan langsung. Mungkin malam nanti agaknya.
Alang-alang dah subuh begini, dan dia juga tidak boleh lagi tidur dan memejamkan mata, dia rasa molek juga mendapatkan roti canai buat bekal sarapan pagi. Selasai memperolehi dia segara pulang. Buka T.V tuk menunggu program Malaysia Hari Ini. Yalah, walaupaun digelar Mat Rempit, isu-isu tempatan harus juga di ambil kira. Barulah dikatakan belia berjaya dan perkasa.
Lagi pun dia menonton M.H.I pun sebab dia malas nak membeli suratkhabar. Jadi sementara menunggu berita terkini, pengacara M.H.I pasti akan memetik beberapa isu utama yang berlaku pada hari tersebut. Pagi ini ada Ally Iskandar dan Wardina. Ally mula memetik berita semasa.
"Seorang gadis meninggal dunia apabila keretanya merempuh treler. Gadis tersebut dikenali sebagai Maya Lara . berusia 23 tahun, memandu melebihi kelajuan pada jam 11.43 malam tadi..."
Dia terkedu. Pilu. Bukan dia saja yang menjadi Cinderella Rempit rupanya.
p.s : sendu pilu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan