Jumaat, November 11, 2011

CERTOT : KOMUNIKASI

Malam itu sama seperti malam lain lazimnya. Malam yang sunyi tanpa citarasa. Malam yang hening tanpa sesiapa. Kitaran hidupnya pun sama saja. Bangun pagi pergi kerja, pulang bila cukup masa, tonton t.v, lihat dvd dan buang masa sahaja. Begitu lazimnya, hampir 30 tahun lamanya. Kiraan masa yang panjang. Tak perlu dihitung dan dibilang.

Satu hari, dia bertanya. "sampai bila?"

Masih dia kiam tanpa jawap. Tak ada siapa yang mahu menolong. Ini bukan cerita cerekarama. Ending dan logik dramatiknya dia tidak tahu dimana letaknya. Mengapa hidupnya suram dan mono begini? 

Dia mula berkomunikasi dengan TUHAN. Dia minta segala macam. Selama ini dia hanya diam, akur dan patuh. Sendiri merasakan tidak layak untuk meminta-minta. Dia manusia biasa. Yang juga penuh dosa. Entah bagaimana dia rasakan saat itu, TUHAN seperti mendengar. Dia merasakan ada perubahan yang tidak dijangka. Mesej di hanfonya tiba-tiba saja berbunyi. Jarang sekali dia akan dapat mesej dari orang lain, apatah lagi orang asing.  Dia lihat. Ada no yang dia tidak tahu. PRIVATE NUMBER tercatat disitu. Dia buka dan membaca. Dia akur kini.

"Salam. Hi awak!"

Dia akur kini. TUHAN sentiasa ada untuk kita berbicara.

p.s: komunikasi itu kan penting.

Tiada ulasan: