Kita terlalu ramai 'ulamak semberono'. Gua bilang pada kawan gua, memang sengaja gua nyatakan begitu. Lihat sajalah di alam sosial masa kini. Ramai yang menjadi HIP dan HIT serta HOT hanya dengan melempiaskan sebarang kata-kata di fesbuk. Maksud gua, pelbagai genre bahasa dan rasa. Dari kes kecewa dan keceper dalam percintaan taik kucing hingga ke aktiviti memakin hamun membawa ke agenda gebang kedai kopi pasal politikus dunia dan kemudian meluru ke topik agama dan sesitiviti masyarakat. Memang terlalu universal dan pelbagai juga lontaran katanya.
Okay. berbalik pada hal semborono, kadang-kadang bila terjadinya sesuatu isu atau kritikan atau apa saja yang terkait dan berkait dengan hal agama, budaya dan sensitiviti masyarakat, kita ni terlalu SENSITIF sangat. Terlalu kecil minda dan iman. Bukan bermakna gua terlalu liberal atau seorang yang free-thinker minded, cuma gua terdetik apakah mudahnya iman dan agama kita bertukar atau susut nilai kepercayaan kepada TUHAN hanya dengan beberapa hal yang sebenarnya tidak lah menjadi kudis sangat pun.
contoh : Isu pembinaan gereja terbesar di Bukit Jalil yang juga merupakan gereja terbesar di Asia Tenggara. (ye ke?)
Bila seorang kenalan mem'post'kan isu tersebut di dinding fesbuknya itu, meluru komentar-komentar ramai kawan-kawan dia yang gua labelkan sebagai ulamak semborono. Mengapa? Semuanya membantah, mencela, memomokkan diri sendiri, mengkhuatirkan bahwa itu ancaman pada agama kita (ISLAM), merisaukan ramai yang akan terpesong dan lalai. Pada gua, kekhuatiran itu tidaklah menjadi apa pun, perlu juga kita risau. TAPI, mengapa perlu melatah dan menjadikan ia sebagai ANCAMAN? sekadar pembinaan bangunan untuk tempat ibadah bangsa LAIN yang juga punya HAK dalam menjalani kehidupan beragama.
Adakah dengan pembinaan bangunan yang dilabelkan sebagai TERBESAR di Asia Tenggara itu MAMPU menjejaskan NILAI IMAN dan KEPATUHAN kita kepada TUHAN? Gua tak rasa begitu. Walaupun ramai komentar menyatakan Malaysia ini meletakkan agama rasmi adalah AGAMA ISLAM, tapi tak bermakna perlunya sekatan pada bangsa lain dalam menjalani kehidupan beragama. Cuma perlu nya pantauan supaya tidak menyinggung.
Ramai yang melatah sebab pada gua pemikiran mereka hanya tertumpu di negara sahaja. Bukan dunia. Skop yang agak kecil. Cuba letakkan kita ni kat negara yang majoritinya mengamalkan agama kristian, apa pula rasa kita? Bagaimana pula pemikiran dan ideologi kita? Tentu sahaja sama dengan perasaan minoriti di sini bukan?
Ulamak semberono, itu pada gua label tepat untuk mereka yang mempamerkan keimanan dan rasa betapa muslimnya depa di fesbuk. Dengan hujahan yang sekadarnya sahaja, yang konon-kononya pandai amat dalam menyatakan hujah yang mana baik atau tidak. Pada gua semua tu amat semberono kerana mereka lupa dan tak layak pun dalam menyampaikan input yang benar. ISLAM ini agama mutlak dan UNIVERSAL sifatnya. JANGAN KHUATIR jika IMAN dan AMAL nya TEPAT dan JITU. Sekadar beriman di fesbuk dan tidak di alam NYATA jangan berbicara tentang agama.
p.s : berdesing desing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan