Isnin, Oktober 24, 2011

PERKOSA

Bila selak suratkhabar mahupun tabloid, adakala mata kita pasti akan tertancap pada berita yang selalunya mengegarkan kesabaran dan mendatangkan kemarahan. Mungkin dek kerana nilai etika dan kemanusiaan sejagat dan rasa kasih sayang yang masih utuh melekat dalam diri kita. Terima kasih pada TUHAN yang sentiasa membiarkan kita menjadi manusia separa sempurna ini TANPA rasa prejudis dan bersikap kejam pada orang dan mahkluk sekeliling kita.

Okay. Berbalik pada topik sepatutnya. Soalan nya begini. Apa perasaan anda bila anda terbaca atau membaca berita mengenai PERKOSAAN baik dari darah daging sendiri mahupun orang lain? okay! Tak payah jawab. Simpan dulu dalam hati.

Begini.

Sudah tentu anda ada membaca berita mengenai seorang bayi yang diliwat oleh si bapa kerana si ibu tak mampu melayan kehendak nafsu si suami kerana dek pantang. Ada pula yang merogol anak perempuan sendiri kerana kematian isteri. Okay, itu cuma berita yang baru berlegar dalam beberapa minggu ini. Kalau diikutkan, masih ramai juga kes yang sepertinya itu dari dulu hingga kini. Ada juga kes yang terpencil.

Kita yang masih berakal dan punya perasaan logik dan manusia ini sudah tentu rasa amat marah dan dendam pada pelakuakan tersebut bukan? Ini akan berbalik semula pada hukum dosa dan pahala. Sudah tentu perlakuan merogol dan memperkosa itu berdosa besar! Itu hukum TUHAN.

Mohon anda membuka fikiran sedikit. Begini, perbuatan merogol itu sebenanrnya menjahamkan INSAN lain. Keseronokkan cuma beberapa minit sahaja. Tanggungan dosa dan hukuman dunia mungkin lebih dari apa yang telah dilakukan. Betul tak?

Mengapa tidak melakukan DOSA SENDIRI? Melepaskan nafsu dengan TANGAN, meredakan air yang dah masuk otak? Nikmatnya sama. Nilai nya cuma satu, MELEPASKAN PANCUTAN NAFSU!

Kedengaran agak lucah bukan?

Dalam kepala hotak gua, SEMUA lelaki PERNAH mengalami proses pramatang sebegini. Mengenali apa itu porno, memahami apa itu onani dan martubasi, tahu apa itu blue dan macam-macam lagi.

Ya! itu pun perbuatan yang berdosa. Gua tahu. Tapi gua fikir kalaulah si pelaku nafsu itu melakukan perbuatan Onani dengan sewajarnya, MUNGKIN kes rogol dan perkosa tidak lagi wujud. Lebih-lebih lagi pada si bapak yang sedia maklum BAHALOL nya yang sanggup mem'bantai' anak sendiri SEBAB isterinya sedang berpantang! Bayangkanlah KALAU si bapa bahalol itu melepaskan nafsu nya dengan tangan sendiri, tak lah terseksa si bayi dan aib diri sendiri!

Rilek! gua tidak  menghalalkan perbuatan ONANI okay. Itu bicaranya lain. Sila rujuk pada pakar agama dan ustaz ustazah yang sewajarnya.

p.s : nafsu nafsi

Tiada ulasan: