Ahad, Oktober 17, 2010

LAYANG RM

Zaman muda-muda iaitu, zaman sekolah dan pra-matang, aku ini dalam kategori yang agak boros juga. Aku selalu boros membeli majalah dan buku kartun, segala macam bahan bacaan. Tapi waktu itu aku beli untuk berhibur je. Koleksi majalah 'Gila-Gila' aku pernah memiliki. Zaman dimana majalah tersebut NGETOP! Aku suka 'Gila-Gila' zaman yang ada kolum KERASTANGAN tu. Pada aku waktu itu kartunnya sangat MELAYU! oh! bukan aku mahu meracistkan isu ini ya.. tidak sama sekali. Kemudian, BATU API,  GELIHATI dan GELAGAT pun muncul.

kredit : pangsenam
Aku juga pernah memiliki koleksi SIRI BERCAKAP DENGAN JIN oleh TAMAR JALIS, koleksi cerita seram, TOK AWANG NGAH JAMBI, dan siri kartun kungfu, doraemon dan segala macam mak nenek punya koleksi. URTV, MEDIA HIBURAN, MANGGA pun aku bantai kumpul tapi bukan sebab nak baca sangat, aku beli yang ada muka EISYA yang popular dengan lagu NURANI itu. Pada aku dia lah artis yang sangatlah comel! *senyum.

kredit : teritipmisteri
Koleksi himpunan majalah aku makin bertimbun dengan UJANG, APO,LANUN,MASKULIN, GEMPAK, UTOPIA, HYPE, BLUES SELAMANYA dan macam-macam lagilah. Pendek kata, kalau aku ada gaji bulan, separuh gaji aku labur kat semua tu! Ye lah, majalah seperti UJANG dan GEMPAK, sebulan sahaja dua kali dikeluarkan iaitu pada 1 hb dan 15 hb! Lama kelamaan bila kos hidup aku makin meningkat, makin teruk untuk aku berbelanja! Akhirnya aku ambil keputusan untuk tidak lagi membeli majalah!

Minat aku beralih pula pada buku-buku baru dengan isu yang lebih besar dan padat! Aku ada juga membeli buku masa aku 'sibuk' dengan dunia majalah aku itu. Tapi kali ini penangannya lebih hebat. Sehebat  ketika aku addict dengan majalah! Tapi aku percaya, buku ini nilainya lebih besar dan sangat membantu! Mujur aku ini bekas pustakawan, jadi secara automatiknya ada jenis-jenis buku yang akan ku beli untuk koleksi dan himpunan. Mujur kuasa memilih dan berkira-kira itu wujud dan mampu memcengah untuk aku boros!

Makin lama himpunan buku makin bertambah. Termasuk zine-zine dan segala blook-blook yang aku beli borong! Niat aku nak menewaskan himpunan majalah-majalah yang aku kumpul dulu-dulu itu. Tapi sayang, koleksi yang aku nyatakan diatas, telah 'selamat' mak aku buang masa pemindahan rumah setinggan ke rumah panjang! Betapa kecewanya aku!

p.s: dulu, ayah pernah berikan aku sebuah gitar kapok. tapi dek kerana KERASTANGAN tu, gitar kapok pemberian ayah aku kopakkan menjadi peti surat! aku percaya, harapan ayah untuk melihat aku terer macam SLASH mahupun MAN KIDAL atau paling sipi pun A.RAHMAN HASSAN dan M.SHARRIF musnah akhirnya!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nk pinjam majalah gila2 tu boleh x?
:)

Adieyka Zainal berkata...

ahahaa.. bukan milikan saya tu.. kiki! ada link nye kat pic tu. sila lah tanya dia. ahahaa!