Ahad, Oktober 17, 2010

BELENGU AKU

Satu hari ini aku all out dengan diri sendiri. Patutnya ke Beranang, Negeri Sembilan untuk study tour. Tapi atas sebab kecemasan dari pihak tuan rumah, terpaksa membatalkan rancangan kami ini. Muga Pak Pen dan familinya sejahtera.

Hari ini macam-maca agenda berlangsung. Ada Rantai-Art dengan tema HIMPUN di Balai Seni Lukis, meeting ngan produksi independent dan beberapa haln lagi. Tujuan untuk menghiburkan diri sendiri. Tapi yelah kan, memandangkan otak terbelenggu dan malap untuk beroperasi secara full-power, maka aku memutuskan hari ini hari untuk melepaskan 'lelah'. Lelah mengahadapi final projek.  Yang taboo mengenai final projek ini adalah, membikin aku menjadi keliru dan sangat konpius. Aku boleh dikatakan muka 'wajib ada' di setiap persembahan akhir sebagai tenaga kerah peluh dan tukang 'bump in' dan 'bump out'. Berzaman jugak memikul tanggungjawab secara sukarela. Aku gelarkan ia sebagai 'rewang'.

Kali ini aku tidak rewang lagi. Akan datang ini aku dinilai sebagai tukang arah. Persoalan untuk diri aku ialah :
membikin untuk kepuasan sendiri atau mengikut kata demi apa yang 'mereka' rasakan benar?

Aku fikir itu konflik aku kali ini. Konflik yang sangat menganggu aku untuk meneruskan tradisi, memperlihatkan pada mereka bahawa aku sekali ini cuba untuk mereka lihat aku sebagai penerus tradisi. Tapi mereka katakan bahawa aku bermain selamat (play safe) sebab apa yang mahu aku usahakan itu sebenarnya tidak ada CETUSAN!  *senyum!

Mungkin benar dan mungkin salah. Tapi ye lah, itulah cabarannya. Pada aku yang dungu ini, kalau semua mahu menjadi pemangkin baru, silakan aja. Tapi siapa pula yang mahu jadi penerus yang lama kalau semua yang baru membikin yang baru dan bererusan yang baru? Yang lama pun duk buat yang baru. Jadinya lama kelamaan yang lama terus kekal lama, berlapuk dan hilang macam tu aja.

*kadang-kadang dalam tidak sedar, mereka itu cuba untuk mendidik, tapi sayang, cara ujaran mendidik itu sebenarnya adakalanya salah dan menyedihkan. Persoalannya: apa sebenarnya depa ini?

Tiada ulasan: