Kadang-kadang jelak juga bilamana menonton drama di tv. Memang percuma tapi mahu tuk mengadap suatu yang menjadi 'ulangan' saban hari setiap tahun mungkin mampu menjelmakan amarah. Resipi drama raya masih sama rencah rasanya. Semuanya melodrama, terlalu air mata dan dramatik tak semena-mena. Apa yang menjadi kebiasaan drama raya tiap-tiap tahun adalah :-
KEBANYAKKAN WATAK UTAMA ATAU PUNYA PERTALIAN DENGAN WATAK UTAMA MATI DI PAGI RAYA!
Kasihan juga watak yang sengaja ditragiskan untuk menarik elemen simpati dan mencarik mood raya. Alahai... salam raya pun dah bersedih, takbir raya dan ziarah kubur pun mengamit sedih. Nak pulun cekau kuih raya, ketupat, baulu dan lemang pun takkan kena layan sedih juga? Bertambah lah elemen emosi dan melankolik kat bangsa kita.
p.s: raya untuk gembira dan happy-happy. nak sedih-sedih kena main mercun buatan sendiri lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan