Ahad, September 26, 2010

CERTOT : REDIAL

Punat nombor didail berkali-kali. Mood redial pun acapkali berfungsi secara automatik. Terus menerus cuba untuk mendapatkan empunya suara bagi menyambut suara yang tak jemu usaha untuk menekan punat berkali-kali.

Entah mengapa kali ini debarnya mengancam. Nekadnya juga seperti melonjak-lonjak. Mahu saja dipersetankan rasa yang ada. Bermain-main lagak permainan bola chap. Ini bukan 'game' yang boleh berhenti sekadar menyebut 'choop' atau 'twit-twit'. Ini 'game' luar biasa. Permainan jiwa-jiwa.

Punca telingkah, sikit sahaja. Itupun sebab tertidur dan  tak mampu lagi menongkat mata melayan karenah. Bebelnya panjang menjela. Dan kini berterusan minta dipujuk. Ah! Melampau sungguh! Asyik peti suara yang menjawab!

Mungkin kali ini boleh minta izin dari Fynn Jamal membenarkan '150 juta kali' di olah menjadi '150 juta kali ku redial'. Makin mencabar. Dia nekad kini. Buang saja perasaan itu ke dalam tong sampah kitar semula. Biar perasaan itu ditransformasi menjadi bentuk lain.

Bukan apa, tarikh untuk pertunangan makin hampir dan masa ini lah juga si dia membikin perangai Julietnya itu. Pigidah! Ini bukan sebarang Romeo getusnya. Dia percaya bahawa, ringgitnya perlu berbaloi-baloi!

Selamat tinggal Juliet ciptaannya! Dia kini beralih rasa pada pemilik penyambut peti suara! Dengar khabar seorang operator makhluk kuning yang bukan sahaja mempunyai suara seksi malah rupanya juga!

2 ulasan:

Fynn Jamal berkata...

hahaha.
olahlah.

dail 150 juta kali.

Adieyka Zainal berkata...

fynn : hehehe! lumpuh jari tangan..