Isnin, Mac 15, 2010

POKET

Manusia bekerja aku letakkan dalam dua kelompok.

1. yang bergaji tetap
2. yang bekerja sendiri (freelance)

dan aku kategori kan diri aku dalam kategori yang bekerja sendiri.

masalah?

Ada!

Aku sangat bermasalah dengan manusia yang bergaji tetap dan berpoket tebal bulan-bulan. Oh! bukan aku iri hati. Sama sekali tidak. Ada yang aku benci. Aku benci sama sikap mereka yang mendabik diri dan memperlekehkan orang yang bekerja seperti aku. yaa aku faham, kau orang rasa kau orang bagus sebab kau orang ada gaji tetap bulan-bulan.

kami tidak. kami ada masa pasang dan surut sebab kami bekerja sendiri. pendapatan yang perlu distabilkan bulan-bulan. kena sentiasa pandai mendapatkan kerja.

Tapi aku sangat berbangga dengan golongan yang bekerja sendiri. Pada aku mereka ini sangat ikhlas dalam mencari rezeki. Sangat jujur untuk berusaha. Bukan maksud aku yang bekerja tetap tidak ikhlas. Aku percaya ada segelintir yang ikhlas dalam bekerja. Cuma rata-rata yang aku jumpa dan bergaul (mereka yang bergaji tetap) sangat memperlekehkan golongan yang bekerja sendiri. Aku tegaskan sekali lagi, YANG AKU JUMPA.

Ya, kau orang (yang bergaji tetap) sangat bangga walau kelayakan kau sama seperti kami, tapi kau orang ada gaji bulanan yang stabil bukan? Tapi adakah gaji yang kau orang dapat itu kau orang betul-betul bekerja mengikut masa dan ketetapannya? Aku percaya tidak! Bukti? Mereka yang bekerja di institusi tempat aku belajar tidak begitu! Ramai yang mengelat! Tu pasal aku luahkan dalam "LIF-E".

Kami ini golongan pembikin. Bukan pengakur tegar. Setiap apa kerja yang kita buat pun haruslah ikhlas dan bersungguh. Gaji itulah rezeki yang akan jadi darah daging. jangan membikin daging yang busuk!

p.s : berurusan dengan separuh orang bergaji tetap ini payah sekali. asyik menghilang menyorok diri. orang bergaji tetap swasta ke tidak, sama saja. Berlagak! yang baik dan ikhlas tu, tahniah dan kekalkan prestasi.

2 ulasan:

Aloy Paradoks berkata...

ramli sarip pernah cakap.. jangan soal halal haram kami,, tentu ke gaji anda halal... lapan jam diperuntukan utk bekerja tentu ke 8 jam tu kerja.. make up,,, minum ngeteh waktu kerja,,, lepak hisap rokok.. tapi kami kerja ikut suka kami dan kami ikhlas,, masa dan segala milik kami.

dan sekarang ni beb semenjak dah ada fesbuk ni tambah tambah lagi la..

✖Maqruf Lim✖爱 你✖ berkata...

"lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi,
pijak deme selalu pijak,
kita tengok satu hari nanti"

taniah saudara adika. yesh!!