Dulu dulu mulut aku ini dikategorikan mulut puaka oleh kawan-kawan. Mungkin agak selaras dengan jiwa muda dan sentiasa berdarah panas mau memberontak. Itu dulu. Dulu memang mudah sekali aku menghamun orang kalau aku tak puas hati dengan keadaan dan situasi yang aku alami.
Kesannya? Yaa, aku bekas anak derhaka pada mak dan ayah aku. Dulu memang selalu sangat derhaka kat diorang. Mulut kurang ajar. Entahlah. Dulu selalu saja aku bertindak melulu sebab aku tak suka pada keadaan yang menindas. Aku benci ditindas. Itu dulu.
Semakin lama, bila dah mula bergaul dengan orang-orang tua, aku perlahan-perlahan jadi manusia yang paling akur. Yang akan menilai semula tindakan dan ucapan kata-kata. Makin lama makin serasi. Dan kini aku masih melakukan transformasi.
Mengapa tiba-tiba aku mau untuk menulis patah kata dan perihal ini?
Entah mengapa, diri ini seperti mahu melepaskan semula rasa perangai yang lama. Mahu kembali menghamun orang. Entah! kini aku rasa diam aku ini diinjak-injak. Dianggap tak reti mahu untuk bersuara.
Bukan begitu. Aku percaya dalam diri masing-masing punya syaitannya. Punya amarahnya. Dan aku selalu tegaskan, jangan diuji kemarahan dan syaitan yang aku dah belengu dalam diri aku ini.
Pendirian aku satu sahaja. "kalau mak bapak pun aku boleh derhaka, ini kan pula sesama manusia!"
Aku sangat tegas dalam hal ini. Jika perkiraan tersasar, percayalah aku sanggup hilang rasa hormat dari semua yang mengenali aku.
p.s : manusia bajingan berkata hebat ini adalah manusia keparat yang lupa menjadi padi.

2 ulasan:
kita sama...
gua, lu, aloy...
biasalah jiwa nak rebel jah.
Catat Ulasan