Kat luar sangat meriah dengan dentuman dan percikan mercun dan bunga api. Ini biasa saban tahun bagi setiap perayaan. Kalau ikut adat budaya dan kepercayaan masyarakat Cina, hari kesembilan bagi perayaan Tahun Baru Cina ini akan disambut dengan meriah sekali. Maknanya yang paling meriahlah. Jika mahu dibandingkan dengan raya pertama hari itu, dentuman mercun takkan semeriah dan sekuat ini.
Banyak jugaklah agaknya belanja tuk mercun tersebut kan? Tapi tak mengapalah, kocek mereka sendiri. Tak perlu hendak diwar-warkan.
Oh, itu bukan yang mahu diceritakan. Apa yang mahu aku kongsikan ialah sikap segelintir bangsa kita yang tidak gemar akan sambutan yang sebegini (mercun). Memang ianya agak membingitkan telinga, tapi ini adalah untuk perayaan. Bukannya hari-hari.
Bangsa kita sendiri pun lagi hebat, anak muda-mudanya lagi canggih. Mencipta mercun buatan sendiri, meriam sendiri yang didentum-dentumkan. Malah lebih galak dan membahyakan. Tu belum masuk lagi hal rempit yang lagi membingitkan.
Tapi apa yang didengar adalah luahan marah pada mereka-mereka ini yang bermain mercun secara sihat (maksudnya membakar ketika perayaan sahaja). Jadi manakah perginya semangat muhibbah dan keadilan bagi sambutan perayaan masing-masing?
Cukuplah jadi masyarakat yang terperap dengan ketandusan akal dan fikiran sendiri. Berenti jadi masyarakat yang hanya bergaul sesama sendiri. Luaskan kemasyarakatan itu. Biarkan senyuman dan kasih sayang dikongsi sama rata. Barulah boleh kita bangga kita mendiami Malaysia!

p.s : mungkin agak patriotik. tapi aku sayang semua tanpa kira bangsa!
2 ulasan:
wah,,, kritikan sosial nampaknya...
Betul! Betul! Sedeyh tgk anak2 org RACIST nih bising kat twitter hari tuh.. Dorang main mercun, baling depan surau time terawikh tak pe.. Org lain main kat depan rumah sendri tak boleyh.. Sungguh tak adil!
Catat Ulasan