Isnin, Februari 22, 2010

PROMOSI : MIMPI

Aku ni tukang penyampai je. Menghebahkan benda-benda yang baik dan soleh je. Mau ikut, bagus. Tak nak ikut pun bagus. Mana lah nak paksa-paksa pulak kan. Baiklah, tanpa banyak retorik aku mengesyorkan kalian ke majlis ini. Oh ya, santai-santai sahaja. Tak perlu sebarang tuksedo dan kemeja batik. Bikin lecun badan sahaja. Lagi bagus kalau anda sembur sedikit one drop perfume. Jangan menyeksa jiran tetangga!


Pada yang pertama kali, jangan bikin keliru pulak. Namanya PASAR MALAM MIMPI tau. Jang fikir ada ayam percik ka, tauhu putih ka, baju bundle ka, petai ka, jering ka, keropok lekor atau pun baju bundle. Itu bukan pasar yang sama macam pasar malam yang sedia ada ya... Info? Klik sini wei!

p.s : kalau mahu bawa sekalian barang pasar malam untuk niaga atau dibikin bekal pun boleh. tapi jaga kebersihan. sayangi lah dunia kita!

Tiada ulasan: