Ahad, Disember 20, 2009

CERTOT:06.14.22

Dulu talian hayatnya berligat laju. Seperti tak mahu berenti walaupun di lampu merah. Padanya apa ada hal dengan jpj dan polis trafik. Semuanya sama sahaja. Mana boleh berenti saat kedepan. Sapa mau ganti kalau dia terlepas peluang indah-indah?

Itu dulu. Dulu lah. Dulu tu maksudnya hari yang dah berlalu. Misalnya semalam, kelmarin dan hari-hari lepas. Kalau dulu talianya sentiasa meriah dengan getaran telefon genggam. Selepas ini tidak lagi. Tidak seperti dulu-dulu lah.

Bukan dia tak mahu mempertahankan. Dia begitu bersungguh-sungguh sampai mati. Tekad dia kuat. Mungkin lebih hebat dari tembok China. Tapi mungkin kerana provokasi dan desakan keadaan yang sehebat cerita Remy dan Ummi membuatkan dia perlu tunduk akur walau hatinya tak sudi.

Yalah, masakan mahu dia benarkan warna-warna indah seperti marker prisma colour dan glow in the darknya pergi jauh-jauh?

Akur itu mungkin susunan kata yang tepat tuk keadaannya kini. AKUR.

p.s :- itu pasal pensil warna jenama LUNA mahal harganya.

Tiada ulasan: