Selasa, Disember 15, 2009

CERTOT: 13 DISEMBER LALU

Telefon bimbit jenama popular dalam kadar harga yang murah itu masih lagi membisu senyap. Tidak popular dan se 'hype' dulu-dulu.

Bukan dek kerana tidak di top up. Telefon tangan talian prabayar itu masih lagi gemuk kreditnya. Tak luak mana pun. Walaupun hayat talian hanya untuk 5 hari. Kalau setakat menghantar berbanyak-banyak kiriman ringkas seperti ''GOOD LUCK~ SEMOGA BERJAYA~BUAT YANG TERBAIK~ dan sedikit kata-kata jiwang apa ada hal.

Tapi entah mengapa pagi hingga ke malam dan menjelang pagi, telefon tangan itu masih lagi tidak mahu membuat bising tona standard?

Ya, ucapan GOOD LUCK pada hari dan waktu sebelumnya ke no yang bukan prabayar satu lagi itu, tidak berbalas lagi hingga kini. Dan kini telefon tangan prabayar tersebut masih lagi senyap dan tidak bergetar.

Mungkin tiba masanya nanti telefon dan no prabayar itu akan mendiami tong sampah kerana tuan empunya telefon tangan tidak mahu lagi mengharap pada setiap kiriman dan panggilan yang tidak berbalas.

p.s : sibuk, lupa, penat dan dsbg...

Tiada ulasan: