Khamis, Mei 21, 2009

EMOSI

Sebuah kapal, pengemudi dan kapten hanya 1. Tak boleh lebih dari itu. Jika tidak tenggelam habis kesemua yang ada. Ya, dalam masa yang singkat sebegini ditambah beban dengan peperiksaan yang belum berhenti, masih ada sisa penat yang belum mau hilang. Lucu kerana yang dewasa tidak menghormati guru yang ada. Bilamana si guru terasa dengan anak murid yang tidak boleh ditegur kesilapan yang ada.

Hairan, pelik dan sedih.

Mengapa perlu beremosi? Mengapa perlu diikutkan hati? Sudah! Lupakan segera apa yang terjadi, marilah kita bersatu hati, sama-sama menjalankan misi.

Buangkan jauh-jauh sifat membangga diri, pentingkan diri sendiri, ini jadual kumpulan yang sama kita perlu turuti. Hormatkan guru dan cikgu. Hormatkan sisa masa yang berbaki. Tidak perlu rasanya untuk aku mengatakan dan menasihatkan kalian lagi. Kalian sudah besar, dah mampu berfikir sendiri.

Ada otak bukan? Gunakan otak dan akal.
Jangan ikutkan hati.
Jangan bagi can pada setan yang menakluk diri.

Pelan-pelan kita lahirkan harmoni.
Sama-sama menjaga keharmonian ini.
Jangan ia lari dan pergi.

Promosi : Jemput datang beramain-ramai ke panggung eksperimen ASWARA, 30- 31 Mei 09 jam 8.30 malam bagi persembahan Randai : Anggun Bainai Jo Sutan Nogori.

1 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

ya....kata2 tuk tatapan diri sendiri jugak ekkk....hehehehe