Beberapa menjak ini, banyak entri hasil dari kehidupan ku ini tercicir untuk ku tampal dan letak disini. Dari kes selsema babi, kisah rogol (seperti biasa), bas double decker yang terbalik, kisah ustaz dan makhkmah, program realiti yang semakin meloyakan dan macam-macam lagi, aku tak membebelnya disini.
Ada yang menarik mahu ku bebelkan. Ya, bebelan sahaja. kerna aku punya mulut dan lidah yang tak bertulang ini. Isu hangat yang sentiasa orang-orang kita, kamu dan kamu melihat dan menonton, adalah isu keruntuhan rumah tangga artis. Biasala, artis punya cerita, artis punya kisah, kamu dan kamu lebih khatam.
Kini isu tentang ustaz rock 'kesayangan' kita ini disebut-sebutkan. Si isterinya pula dek kerana tidak mampu bersabar (katanya) menghebahkan di televisyen. Sama hal seperti isteri penyanyi juga kesukaan kita dari kumpulan lefthanded, yang turut menggunakan medium yang sama.
Dan aku sangat menyukai kata-kata dari si ustaz rock ini bahawa, jika kamu ada masalah rumahtangga, silakan ke program tv dahulu, baru ke mahkamah!
*ketawa*
Dunia memang sudah akhir zaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan