
Sepatutnya aku perlu terlibat di dalam persembahan itu bersama rakan-rakan lain. Tetapi ada sedikit konflik yang menganggu jiwa lantas aku menarik diri. Konflik diri itu bukan konflik masalah peribadi. Tetapi lebih kepada masalah diri sendiri.
Ya! Aku keliru sebenarnya.
Memang sekarang ini satu dunia Islam berluma-lumba menyedarkan masyarkat dan rakyatnya agar mari menghuluurkan dana membantu Gaza yang ditindas. Termasuk lah kita di sini.
Tapi aktiviti diatas sangat pendek tempoh persediaannya. Aku tak tahu mengapa. Adakah ia dibuat atas satu kewajaran atau satu kepentingan?
Pedulikan. Simpan sendiri.
Aku keliru sebab seorang yang aku hormat pernah menyatakan bahawa apa sumbangan dia sebagai orang seni terhadap peperangan yang berlaku? Adakah dengan menari, bernyanyi, berlakon, orang-orang seperti dia mampu menyedarkan golongan yang menindas itu supaya tidak mengebom dan menyerang? (pada rakan-rakan aku, tentu kau tahu siapa yang menyatakan). Apa yang diluahkan itu sangan terkesan dekat diri aku.
Seperti program malam tadi, "irama muzik 60 an untuk mu GAZA" , irama 60 an untuk GAZA?
Janggal betul rasanya. Rata-rata artis yang dijemput mendendangkan lagu itu sudah tentu dibayar bukan? Dan semua yang terlibat itu dibayar. Termasuk lah kos-kos penyiapan dan persediaan. Jadi berapakah hasil sumbangan kepada bantuan untuk GAZA?
Betul, apa yang kamu katakan itu. Tidak ada benda percuma di dunia. Semua perlu dibayar.
Aku keliru dengan atucara sebegini. Kesedaran hanyalah disini sahaja. Tidak sampai pun di Gaza sana. Yang hadir membeli dan menderma (mungkin) kerana mengikut keadaan semasa.
Apakah logiknya irama pop yeh-yeh dengan GAZA? Aku keliru sebab, ianya seperti ada orang yang nazak / mati dan kau memainkan lagu pop yeh-yeh atau lagu gendang tarian singa! Tak ke pelik tu? Yang kat sana kena bom, kena serang, kita kat sini dengan majlis yang sebegitu, penuh dengan jamuan yang sedap-sedap, berpakaian kemas, sambil-sambil membincangkan projek (MUNGKIN) atau apa saja untuk kepentingan diri. Mungkin untuk menyedapkan atucara supaya tak la nampak sangat seperti show pop yeh-yeh, maka diselitkan beberapa persembahan yang 'biasa' kita lihat di atucara kemanusian iaitu: sketsa dan puisi.
Baca ini : http://benuasuluk.blogspot.com (yang sama seperti apa yang aku rasa)
Percayalah, mereka yang terkorban di GAZA itu masuk ke syurga kerana matinya syahid. Kita juga perlu meratap tangis tapi bukan pada yang terkorban, tetapi pada diri kita sendiri, adakah kita mampu ke syurga?
Diam. Simpan aja untuk diri sendiri.
Aku lebih suka jika bantuan kemanusiaan ini lebih kepada bantuan yang tidak perlu hebahan populariti. Apa guna bidalan "Tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.."
Lihat sahaja lah artis-artis kita yang melelong baju dan pakaian yang dibida mahal sekali. Usahanya bagus, Tetapi kesanya sangat tidak enak. Bayangkanlah ramai yang membida harga untuk pakaian artis itu, dan berjaya membeli dengan harga yang mahal, kemudiannya MUNGKIN terpaksa mengikat perut atau menangguh pembayaran sewa atau bil sebab duitnya dah habis dibeli untuk pakaiaan artis kesayangan mereka.
Lebih teruk kalau mereka menggunakan duit yuran kolej! Bukankah lebih molek jika sumbangan itu ikhlas bukan sebab artis atau populariti.
Entahlah.
Mungkin aku juga silap dalam memahami keadaan ini. Pada rakan-rakan, maafkan aja aku. Moga kalian dapat memegang aku jika aku terumbang-ambing memahami dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan