Sabtu, Februari 07, 2009

KENAPA MENGAPA

Aku selalu berteka-teki dengan jasad dan roh aku. Sering bertanya pada akal yang dangkal. Ini akibat kerana mata yang rabun ini selalu saja melihat di kotak gambar yang bergerak atau layar besar di mana cerita-cerita MeLAYU moden sering aja memaparkan yang si kaya sering saja bermewah-mewah dan bermain GOLF!

Ya. GOLF adalah teka teki di benak aku yang senak ni.

Soalannya: "Kenapa orang kaya mesti main GOLF?"

Banyak kali juga aku mendengar dalam realiti beberapa dialog berupa :

"Maafkan saya kerana lewat ke majlis ini, saya baru sahaja pulang dari bermain GOLF untuk bla bla bla bla..."

"Maaf ya, DATUK takda, dia main GOLF, ada apa-apa pesan?"

"Esok I ada janji dengan DATUK X main GOLF, so I jumpa u lusa boleh?"

GOLF GOLF GOLF.

Masa kecik-kecik dulu, aku sangat percaya yang DATUK-DATUK atau sesiapa yang kaya sudah tentu pernah bermain polis sentri, jongkang-jongkit, tarik upih, bola chup, badminton, sepak takraw, bola, konda kondi atau congkak.

Sama macam aku.

Jarang sekali aku dan kamu nak mendengar yang DATUK-DATUK bermain sepak raga atau futsal. Tak pun badminton. Adakah kedengaran janggal kalau berbunyi begini:

"Maaf ya, DATUK main sepak takraw petang ni..."

"So esok kita jumpa di court badminton ya!"

"DATUK, esok kita main congkak nak?"

Asal kaya aja mesti main GOLF. Tak tahu la mengapa dan kenapa. Adakah betul apa yang aku atau kamu dengar di sekolah bahawa GOLF : Gaya Orang Lemah Fikiran

Pada aku yang nak main GOLF semuanya malas. Takde maunya DATUK-DATUK tu nak pikul beg batang GOLF ke hulur-ke hilir satu padang. Kebanyakkannya upah caddy atau naik keta mini tu.

Sihat ke?

Tiada ulasan: