Aku angau lagi. Kali ini lebih dasat. Lebih mendayu dan lebih luluh. Aku tau semua orang pernah bercinta dan mahu bercinta. Aku kini rasa cinta itu lagi. Lebih kuat. Aku tak tau mengapa perasaan ini muncul lagi. Ya! Aku mula rasa mau untuk memiliki. Lebih mau!
Aku tau aku akan memilikinya. Aku tak tau kenapa aku rasa aku akan memilikinya begitu kuat. Sangat kuat. Seperti magnet. Makin lama makin kuat. Buatkan malam dan siang seperti tertanya-tanya noktahnya.
Perlahan-lahan. Berdikit-dikit. Ya! aku menduakan teman abadi aku. Mungkin kesibukkan membataskan kami untuk bersua. Argh! persetankan. Aku sudah ketemu cinta baru. Teman abadi aku akan aku madukan. Mau menyumpah seranah aku? Silakan. Silakan semua. Percayalah, makian kamu tak akan mengubah cintaku ini.
Tunggu saat dan ketikanya, terus ku sunting menjadi milikku yang mutlak dan sahih. Teman abadi? Kamu tunggu dahulu. Biarkan aku lenyap dengan angau ku ini. Moga dia mampu mengubat kekosongan ketika kita sibuk dengan masa dan tanggungjawab kita. Biarkan dia menemani aku dikala kita tak dapat bersama. Kau restuilah sahaja.

inilah cinta baru aku merangkap madu mu
Oh ya! aku angau pada dslr. bukan awek, perempuan mahupun sesiapa. Aku maafkan dikau atau sesiapa yang melatah dengan entri ini. Sesunggunya aku dalam simptom yang angau!!!
Oh ya! aku angau pada dslr. bukan awek, perempuan mahupun sesiapa. Aku maafkan dikau atau sesiapa yang melatah dengan entri ini. Sesunggunya aku dalam simptom yang angau!!!
2 ulasan:
kita tgk sapa dapat tangkap dulu....hihihi...
carik brand apa...canon ke nikon??nak tau range harga baper skrg ni, call i erk.
ha...lepas ni leh ar tangkap gambo 2 org model yg comey mcm mummy dia kat umah tu...specially muqris.
depan camera gedik semacam macam acu dia...hahaha
note : 'acu muqris' adalah sejenis makanan yang tinggi lemak dan tinggi tahap kolestrolnye
Catat Ulasan