Pagi ini, pagi mendaftar. Seperti biasa, keadaan kafe dan dewan utama riuh bak pertemuan hari raya atai PIBG sekolah. Aku? Berteman dengan seorang rakan ke kafe memesan minum pagi. Tiba-tiba muncul watak wanita ini:
"Tu, bini si H**** eksiden jatuh bukit kat HEA"
"HAAAHHH!" aku terkedu. Terkejut dan terbayang moga keadaannya selamat. Mana taknya, berita kemalangan itu sungguh merunsingkan. Tambahan pula si H dengan isterinya boleh dikatakan suami isteri yang baru dan si isteri pun sedang mengandung.
Lepas mendafar di dewan, aku bergegas ke HEA mengutip keputusan peperiksaan dan tentu sahaja aku melintas kenari hitam yang remuk di tepi penjalan kaki koridor. Mengikut keadaan kereta, memang belakangnya remuk dan cerminnya pecah (belakang). Alhamdulillah, isteri si H selamat. Begitu juga dengan kandungannya. Syukur. Kereta itupun baru sahaja diperbaiki gearboxnya. Mungkin itu dugaan.
Oh ya! Aku tidak ada gambar yang boleh ku titipkan disini. Satu : aku tak punya telefon berkamera mahupun kamera. Dua: cukuplah sekadar bercerita sahaja, aku tak mahu pula menganggu privasi kawan aku yang mungkin masih lagi trauma dengan kejadian itu.
(ini gambar hiasan, bukan kereta itu)

Pada kamu semua, selalu lah berhati-hati ketika memandu. Jangan lupa penguatkuasaan tali pinggang kaledar untuk penumpang belakang sudah mula berkuatkuasa dan 'mereka' pun mula mau untuk beraksi. Kalau tak sayang duit atau kaya sangat bayar aja saman 300 ratus, takpun kasi duit angpau pada mereka yang tak tau membaca 'saya anti rasuah' atau memakai hanya sekadar syarat saja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan