Apa? Kamu peminat setia Gempak? Utopia? Hype? Kreko? Anime? Komik Hong Kong? Jepun? Huh! Itu yang best? Kamu silap. Kamu lupa, sebelum majalah tu jadi best, ni bapak segala best. Tak pernah baca? Rugi wooo!



Yang ada gambo Badul tu, tu versi pertama punya tau! Depa terbit pada tahun 1 April 1978. Aku pun tak lahir lagi. Sebelum tu, kartun-kartun disiarkan dalam akhbar lah. Contohnya dalam Warta Ahad dan Warta Jenaka (dalam tahun 1936). Lama kan... Apabila Gila-Gila muncul, mereka telah meletakkan satu bench mark yang sangat bagus. Masa tu kartun-kartun diorang dah menjadi satu pemangkin pada dunia grafik dan seni visual termasuk lukisan.
Ingat lagi Ujang dengan kartunnya ACA, AKU BUDAK MINANG dan ATUK?
Cabai (jangan salah sebut) dengan TIGA DARA PINGITAN
Ambo dengan MEGA MOVIEnya
Yang paling aku suka ialah siri KERASTANGAN (Do it Yourself lah kan..). Aku ingat lagi,, aku telah menjahanamkan sebuah gitar kapok dan aku bikin jadi peti surat. Siri tu antara siri yang mampu menzahirkan bebudak kreatif. Jika aku tak jahanamkan gitar kapok tu, aku percaya kini aku MUNGKIN jadi seorang pemain gitar yang terhandal.
Emm.. ingat lagi pada pertandingan lukis cantuman gambar? Diorang kasi gambar, so kita kena lukis dan cantumkan 3 gambar tu jadi satu gambar dan kasi nama.Contoh: gambar kereta kebal + gambo burung + tabalrung!
Hahaha! Kreatif kan?
Selepas kemunculan Gila-Gila, kita juga dapat lihat majalah seperti BATU API, GELAGAT, GELIHATI, UJANG dan APO. Selepas tu muncul lah komik-komik yang macam-macam jenis influance dari anime.
Kini, Gila-Gila masih lagi mampu bersaing. Whateva pun kartunis UJANG dan TEMBAKAU tetap ranking kartunis yang aku minat sangat.
Ingat dengan profesor serba tau?
Jibam?
Abe?
Oink-Oink?
Liza (cinta tak semestinya bersatu)
Sembang-sembang
Madu 4
Mat Metal?
Nik P.I
Itu lah kartun yang mampu bergelar sejarah. Sejarah dunia kartun kita. Kartun yang memperlihatkan Melayu, Malaysia. Lihat pada stroke lukisannya takda pun infliuance kartun Jepun atau Hong Kong dan luar negara. Hebat kan?
mau info? silalah ke sini http://jiwatempatan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan