Sabtu, Disember 20, 2008

KERANA KASUT

Kerana kasut, kau malu...
Kerana kasut, kau melulu...
Kerana kasut semua bersatu...
Kerana kasut, sepatu pun laku.

Antara mati kena tembak, ditembak atau tertembak itu lebih baguskah, atau terkena balingan kasut itu yang bagus (sebab tak mati, cuma malu yang teramat sangat). Kasut tu dah jadi sejarah dunia (mungkin)

Maka, akan datang-MUNGKIN akan keluar dalam peperiksaan sejarah dunia dengan soalan begini:

Presiden yang manakah yang kena baling kasut dalam sejarah Amerika Syarikat?
a.Kennedy
b.Bill Clinton
c.George W.Bush
d.Barrack Obama

Tentu sampai mati, si mangkuk ayun Bush tu malu sampai seluruh keturunannya. Dari malu di baling kasut, lebih bagus mati ditembak. At least ditembak tu, walaupun kejam tapi tak la malu melampau. Ada la sikit nilai tragis dan honournye. Kena baling kasut? Hahaha! Busuk dan keji kan?

* Muntazer membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. Dia kini dianggap sebagai hero dunia Arab kerana dalam budaya Arab, tindakan membaling kasut dianggap untuk menghina seseorang.



Tiada ulasan: