Jumaat, Oktober 03, 2008

BAYAR BALIK!

Aku ada kenalan. Kenalan yang sangat ganas. Bertindak diatas prinsip. Tidak pula melanggar prinsip. Pantas bertindak. Bijak berakal. Dia dah kahwin. Dia dengan isterinya dan seorang kawan lain pernah merompak 130 ribu dari samseng China. Tapi sayang, kenalan ini dikhianti oleh kawan dan isterinya sebab 130 ribu. Kenalan ini ditembak dari belakang dan rebah!

Tapi entah mana datang kekuatan atau reaper mungkin bercuti ketika kejadian, maka masih hidup kenalan itu sehingga sekarang. Dia cari balik kawan makan kawan dia tu sebab nak tuntut balik 70 ribu bahagian dia. Cari punya cari maka makin banyak orang yang dia kena jumpa. Dari taikun taraf cikai hingga taikun taraf otai. Sampaikan polis lahanat pun terbabit sama. Kenalan aku ni memang kental sangat. Dia buat kerja pun sorang-sorang. Dia jejak sorang-sorang. Dia bunuh semua orang yang taknak bagi duit dia 70 ribu pun sorang-sorang!

Mula-mula dia bunuh kawan dia, pas tu boss kawan dia, pastu boss pada boss kawan dia. Inilah masalahnya. Taikun yang besar ni pun bangang, kenalan ni hanya minta 70 ribu aje, bukan 130 ribu. Dari awal dia minta semua dok mention pasal dia minta 130 ribu. Taikun tu pun siap boleh bagi ferrari sebijik kat anak dia sempena birthday pun dok kisah pasal 70 ribu. Alih-alih anak kena culik. Tak ke bodoh!

Ada satu hari tu samseng china ni dapat tangkap kenalan aku ni. So bergaduh la kejap. Pada masa yang sama pun orang-orang Taikun Besar ni dapat tangkap kenalan aku ni. Kena dera jugaklah. Abis patah dua jari kaki kena ketuk ngan tukul sebab nak korek info mana kenalan aku ni sorokkan anak dia. Lama jugak kena dera, alih-alih dia kasitau jugaklah.

Taikun Besar pun sumbat dia dalam bonet pergi ke tempat yang kenalan aku katakan tadi. Tadi kan aku dah kata kenalan aku ni pantas bertindak. Entah camana dia boleh loloskan diri, korek seat belakang dan capai telefon dalam kereta tu dan BOOOOM!!!! tempat yang dia katakan tu meletup!

Gile ganas! Duit dia dapat. Lebih lagi pun. Dia minta 70 ribu. Dalam beg ada 130 ribu. Abis semua taikun-taikun taik ni mampus! Lain kali janganlah lawan sangat. Jangan pandang rendah pada orang kecil. Ni cerita betul tau!




Tiada ulasan: