Keadaan ini akan berlaku setiap kali tiba perayaan. Kebiasaan perayaan hari raya yang menjadikan manusia menghuru hara bagai nak gile menyiap dan mengadakan persiapan. Malam sabtu hari jumaat 26 hb, aku bersama teman abadi merayaplah di sepajang jalan TAR. Tujuan adalah mengada-ngada melihat atau mungkin membeli apa-apa barang yang menarik dihati pada saat-saat akhir. Hasilnya, aku membawa pulang sehelai baju t-shirt putih dengan tag line 'kami jiwa tenang' ke rumah.
Ini adalah kelakuan aku sepanjang musim perayaan. Aku akan berada di celahan orang ramai untuk melihat kelakuan manusia yang menunjukkan ragamnya. Bile berjalan di himpitan ramai, maka aksi menyiku dan memijak kasut itu seperti rencahlah. Tu belum lagi aksi mak bapak mengendong baby atau anaknya yang naif untuk turut serta berhimpitan dan berpanasan di celahan orang ramai.
Kesian, pada anak itu yang menjadi mangsa orang tua yang mencari harga murah pada saat-saat akhir. Memang begitulah saban tahun. Kesesakan jalan TAR ini seperti ramainya manusia menyelinap dan duduk disitu seolah mengelakkan diri dari malaikat maut. Begitulah umpanya yang aku nak memperlihatkan betapa ramainya manusia yang sanggup bersesak dan bergesel-gesel pada hari-hari sebelum takbir ini.
Aksi peniaga pun tak kurang hebatnya, kalu diletakkan pelakon popular disitu, nescaya lenyaplah kepopulariti artis tersebut kerana peniaga ini lebih maju dan bagus dalam interaksi bersama pelanggan. Siap dengan kostum dan propsnya lagi!
Dalam kesibukkan ini juga, memang akan kelihatan pasangan yang mesra memilih, ada juga yang menarik muka kerana tak dapat barang yang dikehendaki dan ragam anak kecil yang turut sama membelek pakaian untuk dilaram pada hari raya nanti.
Aku tidak seperti mereka. Dengan pakaian yang disponsor oleh teman abadi, aku tak kisah lagi dengan persediaan. Aku sudah lali dengan keadaan beraya di kuala lumpur. Destinasi aku adalah masjid jalan duta untuk sembahyang raya dan seterusnya ke KLCC. Ya! itulah tempat aku beraya setiap tahun tanpa bosan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan