Mungkin lucu dan kedengaran janggal tapi itulah sebenarnya. Aku memang minat filem Tamil. Kebanyakkannya tentang aksi, korupsi, penindasan, makan rasuah, samseng yang mengawal kerajaan. Itulah dorongannya. Heronya jugak tak perlu ramai, cukup sekadar seorang sahaja membelasah semua samseng yang polis pun tak dapat nak kawal. Heroin? Huh? Toksah cakap lah, memang cun dan putih!
Tarikan lain adalah:-
Tarikan lain adalah:-
- Heronya ada aura dan style yang tersendiri. Bila eksposisi pertama hero tentu ada unsur suspen dan auranya dapat kita rasa. Contohnya seperti Rajnikanth dan Vijay
- Paparan ceritanya memang benar dan tak perlu risau digam. Kebanyakkan samseng yang diletakkan dalam filem tersebut memang kaki mengawal pegawai kerajaan, polis dan menteri. Kalau kat Malaysia, dah tentu tak boleh punya sebab menteri-menteri, polis-polis, pegawai-pegawai kita kat sini semunya 'BAIK-BAIK' belaka!
- Durasi ceritanya 3 jam, kalau sapa yang menonton dan perasan dalam 3 jam tu akan ada selitan lucu yang tidak akan ada kena mengena dengan keseluruhan cerita. Pada selitan lucu itulah terletaknya sinisan, humor dan lawak yang mengkritik situasi seperti, polis makan rasuah, menteri korup dan beberapa perkara. Moment itu yang paling seronok ditonton sebab agak relevan dengan isu yang ada kat dunia ni.
- Heronya pada awal tak akan bertindak ganas dan mungkin senang dibuli oleh samseng. Tapi bila suisnya dah ditekan, maka samseng-samseng yang ada akan dilumat-lumatkan. Memang hebat.
- Point kenapa heronya akan menjadi hebat ialah bilamana kekasih hati nya mau dirampas atau diusik oleh samseng.
- Samseng pulak apabila dibelasah teruk oleh hero, tiba-tiba pulak akan muncul seorang konco samseng yang mengatakan "Dey! kau tau tak sapa yang ko belasah tu? Dia adik / abang si polan (yang muncul sebagai samseng yang paling bapak samseng!)
- Kebanyakkan hero dan samseng tu pulak pandai berhujah dan menggunakan madah-madah atau kata-kata peribahasa yang sangat menarik. Tak percaya tengok dan bacalah sarikatanya.
- Samseng yang paling taiko pun boleh fail kesamsengannya bilamana nak berebut seorang awek yang kebetulan diminati oleh hero. Pada aku kat situ memang hebat penangan perempuan. Sebabnya seorang samseng tu sangat hebat menetak orang, belasah, rogol dan bunuh tiba-tiba je longlai nak berebut awek hero. Lagi malang kena belasah dengan hero sampai lunyai. Malunyer jadi samseng!
- Lagu-lagunya pun rancak dan best jugak untuk didengar.
- Hero ngan heroin bercinta pun tak mendayu-dayu atau ditawarkan 'belahlah dada' atau 'lautan api sanggup ku renangi'.
- Heronya yang sorang lagi terrer dari semua orang. Mungkin ketokohan hero itu menyebabkan dia pandai memanipulasi sekeliling yang kemudian menjadi senjata mengawal samseng-samseng yang punya pengikut yang ramai. Samseng dengan mudahnya tertipu dengan hero.
- Hero nya pun tak perlu hensem pun, yang penting gaya mau ada. Kalau kat Malaysia, gaya tarak tarapa, muka mesti mau hensem jugak! Chit
2 ulasan:
tp aku selalu konfius antara cite tamil n hindustan
nak faham yang mana filem tamil dengar bahasanya sama tak ngan bahasa orang india kat sini... sama je...
Catat Ulasan