Ahad, Oktober 26, 2008

SALAH SIAPA?

Tengah hari tadi secara tak langsung aku termengadap buletin 1.30. Berita yang sangat tak enak untuk dilihat, didengar atau diberitakan. Berita tentang kematian seseorang penghuni flat. Ya, flat seperti aku. Kedengarnnya seperti di Sentul (kalau aku tak silap lah). Ingat lagi tak bebelan aku fasal minda manusia kelas ke 3?

Cuba bayangakan bagaimana susahnya penghuni disitu hendak melaksanakan fardhu kifayah terhadap pengurusan jenzah tersebut? Jenazah tersebut terpaksa diikat diatas pengusung supaya tidak terjatuh kerana dibawa turun dari tingkat 10 ke bawah untuk diuruskan.

Salah siapa? Salah penghuni yang tidak reti menjaga atau salah pihak yang sepatutnya membaiki dalam kadar yang segera? Inilah keperitan yang perlu ditelan. Aku secara tak langsung pun terasa sungguh akan keadaan keluarga tersebut bilamana menyaksikan jenazah saudara sendiri terpaksa diusung dengan bergilir-gilir. Inilah rencah kehidupan rumah tinggi. Penghuninya terpaksa bergantung harap pada lift untuk menyambungkan urusan mereka dibawah.

Kerana itulah aku menjadualkan diri aku untuk keluar masuk rumah supaya tidak bertembung dengan khalayak yang ramai bagi mengelakkan kesesakan menggunakan lift. Bila tiba sahaja dirumah, aku lebih suka duduk diam dalam rumah bertemankan tv, dvd dan internet.

Percayalah, bila aku punya cukup wang akan ku angkut famili ku berpindah di tanah yang datar seperti hari-hari lalu yang telah disimpan menjadi kenangan. Aku terlalu rindukan lantai tanah berbanding lantai simenku bumbung rumah orang...

p.s :- Al - Fatihah pada jenazah tersebut, moga rohnya aman dan sejahtera. Pada kaum kerabatnya moga kesabaran anda menambahkan keimanan...

Tiada ulasan: