Kalau dalam filem atau drama, bab flashback (imbas kembali) depa akan letak hitam putih, kalu la ni hanya cutting dan editingnya. Dan warnya pun masih kaler tapi tak terang sangat. Kita pun boleh faham. Ni cerita aku dulu-dululah. Zaman aku belum kenal spender RENOMA atau BUM.
Aku pernah ikut kumpulan al-arqam masa aku kecil. Masa aku bersama kumpulan diorang baru aku kenal apa itu musafir dan solat jamak. Pada aku itu satu pendedahan yang bonus. Yelah masa tu aku bersekolah rendah, aku tak kenal sangat kat Che Det selain watak GABAN dan ULTRAMAN TARO kat TV. Aku mesra jugak kat rancangan muqadam yang dikelolakan oleh bapaknya JALAUDIN HASSAN (Opss! DATUK JALAL). Masa skolah pun kita hanya belajar yang fardhu ain. Diajar solat 5 waktu yang wajib dan tidak ada pembelajaran sampingan. MUNGKIN keadaan muda waktu itu tak diajar atau aku yang tak ingat.
Masa tu kita memang dikecohkan dengan kumpulan Al-Arqam oleh ustaz Ashaari yang dikatakan terpesong. Ingat lagi tak yang waktu tu Malaysia digeemparkan dengan imej objek asing di langit? Yang terjelma pelmacam gambar? Masa itu juga kumpulan Al-Arqam ni di haramkan.
Waktu tu aku ikut sebab sense aku. Rasa ingin tahu terhadap semua perkara. Dan aku sangat nak tahu apa sebenarnya Al-Arqam ini. Akhirnya aku dapat peluang ikut kumpulan itu masa cuti sekolah. Mungkin sebab pakcik aku salah seorang dari kumpulan ini, maka mak ayah aku mengizinkan. Aku ikut aja. Masa tu, kami ke KELANTAN atau TERENGGANU aku tak ingat. Sampai pun malam, maka kami pun bermalam di sebuah tempat kedai jahit yang ada bilik kosong. Malam itu kami berjemaah untuk solat isya. Tapi, masa tu aku memang agak janggal sebab solat isya dan maghrib dihimpunkan sekali. Dalam hati aku yang muda ni, tentu saja terdetik "Argh!!! Cam salah je! Ni kot ajaran Al Arqam yang depa tak kasi kot!" Hahahaha!
Aku ikut je tapi aku tak niat solat pun sebab aku cam tak faham keadaan itu yang itu adalah solat Jamak. Selepas solat aku tanya kat makcik (isteri pakcik aku. Siot tul! lawa pulak tu!) dia pun teranglah panjang lebar. OOOHHH!!! baru faham. Maka malam tu aku diasuh dengan beberapa ajaran agama yang tak diajar di sekolah rendah.
Selepas subuh kami berangkat ke satu destinasi lain, kerumah seseorang dan disana kami dijamu dengan makanan tengah hari. Makan dalam dulang. Memang sempoi dan aku amat suka. Aku anggap cuti persekolahan aku kali itu amat bermakna sekali. Selain dapat lihat kampung orang dan jalan-jalan walau tak tidur kat rumah yang tetap, dan kebanyakkan waktu tidur kami di masjid dan rumah-rumah kawan pakcik aku ni. Di penghujung perjalanan, aku di hantar ke Gombak, Kg Sungai Merali ke rumah atuk saudara tuk menghabiskan cuti sekolah aku kat sana. Itu kebiasaan aku waktu cuti memang aku tak duk kat rumah, aku suka duk kat rumah atuk saudara aku kat gombak tu.
Pada aku itu lah masanya aku ambil peluang untuk berdikari dan uruskan diri. Maka terhakislah imejan nakal aku yang sentiasa mencernakan bahawa orang Al Arqam ni adalah ninja!
Aku: Takda yang salahnya, kalu kita bijak berakal. Pegangalah pada rukun dan syahadah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan