Isnin, September 22, 2008

GEMPAR DAN KECOH!

Apa ko rasa bile ko terbaca sebuah notis yang ditampal oleh pihak pengurusan yang menyatakan bahawa :

MAKLUMAN PADA SEMUA PELAJAR, ANDA DILARANG UNTUK MELETAKKAN KERETA MILIK ANDA DAN KELUARGA DI DALAM KAMPUS. (lebih kurang begitulah)

Hasil dari tampalan notis tersebut, maka papan notis itu dimeriahkan lagi dengan nukilan dan contengan dari pelajar yang tak puas hati. Tapi aku takda kereta, so aku tak tulis lah.

Ini bermakna, pelajar yang memiliki kenderaan sendiri atau pinjam mak ngan ayah mereka terpaksalah meletakkannya di parking yang berhampiran padang merbuk. Apa yang menjadi ketidakselesaan disitu ialah:-

  1. Kecurian
  2. Rompakan
  3. Pecah kereta
  4. Kehilangan
  5. Rogol atau cabul kehormatan
  6. Tiadanya keselamatan.

Ini kerana aktiviti adakalanya akan berlarut hingga ke malam dan lewat. Itupun kalo mereka bawa kereta dan letak disitulah. Pada aku apa yang tak patutnya ialah pihak pengurusan kampus seolah-olah bertindak tanpa memikirkan pro dan kontranya. Tidak ada sebarang penjelasan kenapa dan mengapa peraturan tersebut dilaksanakan. Dulu mungkin tak kisah sangat sebab kampus ini menumpang di menara empire tower. Tapi sekarang kita dah punya sebuah kampus tetap. Diulangi TETAP dan kepunyaan sendiri. Maka dimanakah letakknya kebajikan pelajar dari segi keselamatan dan kepenggunaannya terhadap kemudahan dalam kampus sendiri?

Pada aku, tak perlulah conteng menconteng di papan notis tu sekadar nak lepaskan geram. Baik gunakan saluran yang betul iaitu gunakan MPP, minta perjumpaan dan penjelasan orang atasan. Barulah kita ni nampak bijak dan belajar.

Aku lebih suka ikut dahulu undang-undang. Jika tak berkesan barulah aku menyetan...!

Cilok sikit dialog JOKER dalam THE DARK NIGHT :-
“Introduce a little anarchy…upset the established order…and you create chaos. I’m an agent of chaos.”

Oh ya! aku tak punya kereta kerana aku tak reti memandu sebenarnya, aku hanya bermotor sahaja. Entry ini adalah bantuan pada kawan-kawan aku yang membawa kereta dan menumpangkan aku. Tunggu dan lihat sahaja lah apa yang bakal berlaku beberapa hari mendatang ni.



1 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

SO,SUSAH LAH KALU I NAK P SANA.NAK PARKING MANALAH. ABIS KETA KITA KENA PECAHKAN D