Sabtu, September 13, 2008

AKIBAT SUDAH BIASA

Terrtekan, pedih dan geram bilamana ketika kau sedang sibuk mengerjakan sesuatu dan terconggok membatu di depan komputer mu dan tiba-tiba, cursor tetikus kau tidak mau untuk bergerak dan pameran di skrin terhenti.

Aku sangka keadaan tersebut adalah biasa bagi sebuah pc yang berkuasa sederhana bagi seorang yang bukannya gila pada permainan komputer. Sekadar boleh untuk menaip dan mengedit gambar dan video itu sudah memadai. Tapi atas desakan keperluan maka aku menambahnya dengan talian internet mudah alih (setahun lebih aku minta pada Streamyx, huh! tak dapat-dapat pun sampai la! nasib ada Broadband. Aku persetankan saja kata keluhan kritikan tentang kelembapan broadband ini, kelajuannya cukup memadai bagi manusia minimalis semacam aku.)

30 minit kemudian...

Tidak ada yang berubah... Bengang dan geram, aku tekan saja punat reset di motherboard. Minum sedikit untuk sahur, solat dan Bumm ZZZZZZzzzzzzzZZZZzzzz......

Pagi menjelma... aku menghidupkan suis pc, tertera safe mood.. selepas 25 saat... safe mood ini berulang-ulang hampir separuh hari!

Arghhhh! Petanda apakah ini? Berbekalakan ilmu yang cetek, aku membuat kesimpulan bahawa ada hardware aku yang mengalami malfunction atau mungkin hard disk aku dah KONG! Aku capai telefon genggam, aku telefon seorang sahabat. Dia sampai dan kami ambil keputusan untuk memformatkan saja partition C aku. Nasib aku ada partition D dan E kerana kebanyakkan khazanah penting berada disitu. Penting sebab ia bukan fail PORNO atau gambar-gambar erotik Mika Tan atau Mira Ozawa yang hampir kesemua lelaki mengenalinya, tetapi khazanah aku sejak mula aku mempunyai sebuah PC dan seluruh tugasan aku setelah bergelar pelajar tersimpan kemas disitu.

Secara logiknya, aku memang perlu rasa mengelabah dan takut. Masih tidak boleh untuk aku format partition C. Memang confirm KONG! Cilakak betul!

Maka aku terpaksa meng'tranform' kan hardisk aku menjadi external hardisk. Maka menuju la kami ke kedai komputer dan hasilnya orang kedai tu mengatakan :-

"Bye-bye lohhh!" dengan yakin.

Ceh! tak hackers betul la! Aku kecewa sangat waktu aku dengar dialog yang tak bernada tu. Rasa kecewa ini lebih hebat aku rasa. Lebih menekan. Masa aku putus cinta dulu pun tak la aku tertekan seperti ini! Nasib baik iman aku masih tebal untuk berpuasa, kalau tak, mahu aje aku kunyah telinga cina tu! Hahahaha!

Aku tak puas hati dengan penjelasan pendek tersebut dan aku melayangkan panggilan pada seorang kawan. Dia menjelaskan panjang lebar. Padat. Tidak menggunakan bahasa kiasan seperti kebanyakkan melayu. Aku diselamatkan dengan penjelasannya.

Kami pun cabut ke Md Valley, singgah di bahagian IT menuju ke Fix Computer. Huh! Boleh pun! Cina kat situ pun tak banyak songeh tetapi terlalu peramah. 15 minit pertama jenuh aku menjelaskan yang aku nak selamatkan fail-fail tugasan dan bukannya fail PORNO! Mamat cina tu siap explore hidden fail nak cari bahan tuk buktikan "lelaki maaa... mestia da punyeeee... berdosa woooo... bulan puasa ini, lagi manyak dosaaa woooo..." EwaaaH!!!! Tak kisah lah. "Hah! ko cari la sampai dapat, kang dah dapat aku belanja ko makan nasi babi.. mau!" hahahahaha!!!
Keputusan: MANA ADA! dan aku juaranya!

Dengan melayangkan beberapa not 50, aku dapat menyelamatkan hardisk aku dan aku dapat hardisk baru. Lega! Keesokkannya aku sambar ram baru untuk aku macth kan dengan 160 gig hardisk baru aku.

Nasib aku ada kawan yang boleh menasihatkan aku... kalau tak, memang aku hulurkan saja beberapa ribu dan kasi aku sebijik laptop!

Moral untuk aku ialah... Aku cuma rugi beberapa ratus dan bukannya beberapa ribu! Sebab aku dah bernafsu kat laptop HP modal terkini... hampeh!

Pada korang yang masih ber'pc' macam aku, backup la data-data penting kat external hardisk dan buatlah beberapa salinan. Elakkan dari terkena serangan jantung atau gila jiwa dan sawan babi.




2 ulasan:

pjoe berkata...

aku pernah kena
mcm celaka

rose berkata...

guna apple le woy...power book sekarang ni dah murah