Ahad, Ogos 10, 2008

APA PUNYA BINGAI DAAA!!!

hari-hari aku akan selak akhbar yang sekarang seperti dah jadi macam karya fiksyen aje. Ntah cammana terselit plak akhbar mengarut Malaysia ni. Biasanya aku cuma menyelak gambar, tapi apabila mata aku tertancap kat satu headline, membuatkan aku terus menyelak ghairah macam nak selak kain batik anak dara orang.

"Kami bukan berzina, kami cuma bercumbu..."

Ni kisahnya pasal sorang minah artis bingai yang aku tak dapat nak pastikan adakah kenyataanya telah diputar belitkan oleh akhbar mengarut Malaysia ni atau tak, tapi kalu itu kenyataan dari sorang 'artis' yang punya agama, tentu saja aku perlu amik kisah. Yelah, mana taknya kenyataan dah macam orang takda budaya dan tatasusila.

Aku tak tau la keadaan artis Malaysia yang makin buruk perangainya. Tak layak langsung dipanggil artis pun. Bukan ke artis tu golongan seni cam pelukis, pengarca, pengukir dan takda langsung terbabit dengan istilah glamor ni.

Palo hotak diorang! Pasal kes-kes cenggini la, makcik-makcik dan pakcik-pakcik terlalu tidak mengizinkan anak-anak mereka masuk kat dunia seni ni. Betapa bangangnya perangai diorang ni. Kan ke itu pun dah dalam kategori zina jugak. Ternyata korang bukan muhrim, so atas alasan bercumbu kira boleh lah? Kalut sungguh! Bikin malu kompeni sungguh. Dan aku sangat mengharapkan, 'artis' bangang tu di gam terus dari mewarnai seni persembahan tempatan.

1 ulasan: