Pagi tadi aku merayau ngan teman abadi di Danau Kota. Helmet hitam belian teman abadi aku kena rembat. Sekali dengan jaket berhud kelabu yang aku beli di tepi jalan dekat dengan hentian lrt masjid jamek. Walau harganya RM5 sahaja, tapi kenangan yang banyak menjadikan jaket kusam aku tu harta yang paling bernilai. Letak la kat mana-mana produk jenama mahal seperti Calvin Klien ke, Armani Exchange ke, Giorgio Armani ke, aku tetap memilih jaket kusam tu. Pada yang merembat, kesian sangat kat mak ayah korang, cikgu, ustaz or ustazah korang yang bagi korang ilmu (itupun kalau korang ke sekolah lah) tapi korang pilih nak jadi haprak. Cam mana pun, barang curik ni tak berkat kan? Tak tau la kalau Tuhan nak kasi kat ko 'payment cash' lepas ko rembat helmet kitorang. Barang curik kan, mana leh selamat letak walau tujuan helmet tu nak lindung kepala ye tak?
Percaya pada six sense? Aku antara orang yang tak reti guna deria ke enam ni. Deria ni lebih kepada rasa naluri aku. Tak la hebat mana, tapi ia selalu terjadi. Pagi ini ia jadi kenyataan yang benar sekali.
Aku memang keberatan untuk keluar berdua bile ke mana-mana pada waktu malam. Melainkan ada kawan-kawan bersama. Jadi pagi ni aku anggap aku hanya meredah saja sebarang kemungkinan. Hasilnya, kecurian helmet teman abadi.
Berikut antara rasa yang aku endahkan malam sebelum kejadian.
Terima Kasih yang tidak terhingga buat teman kami Mek Normi dan John yang sanggup berkorban menjemput teman abadi aku pulang ke rumah. Budi kalian hanya Tuhan yang akan memberi ganjaran.
Pada yang merembat, harap anda sempat bertaubat sebelum otak anda bersepai ditengah jalan (ntahlah, itu ilusi yang aku dapat masa aku nengok helmet hitam tu dah takda kat moto)!
Pada Tuhan, ampunkan dosa-dosa aku yang lalu dan kini. Sejahterakan kehidupan aku dan permudahkanlah urusan aku. Amin!
P:s- Benar sekali yang menulis ini bisa mampu mengubat jiwa yang kacau.

- Rasa kehilangan ini telah aku dapat masa aku sms pada teman abadi aku bila aku menyatakan yang aku akan sampai dalam masa 5 minit.
- Sewaktu dalam sesi latihan, aku menyeluk poket kanan jaket kusam aku yang berlubang poketnya, aku rasakan yang jaket ni takkan kekal dengan aku.
- Ketika sampai di Danau Kota, aku parking berdekatan dengan restoran cina, sewaktu aku ingin mengantung helmet aku, pada mulanya aku gantung helmet aku dahulu dan aku tindan dengan helmet hitam teman abadi, tapi naluri aku berdetik yang helmet hitam akan hilang, so aku tukar letak helmet hitam dibawah dan ditindan dengan helmet aku diatas. Aku sumbat jaket kusam aku dalam helmet hitam tersebut dan aku lock set macam biasa.
- Sepanjang perjalanan dalam danau kota, kepala aku terus terbayang tentang helmet hitam, tapi aku buat deek je.
- Dan akhirnya, memang benar helmet hitam lesap bersama jaket kusam aku. Tapi helmet aku tetap berada didalam bakul tanpa diambil oleh sesiapa.
Terima Kasih yang tidak terhingga buat teman kami Mek Normi dan John yang sanggup berkorban menjemput teman abadi aku pulang ke rumah. Budi kalian hanya Tuhan yang akan memberi ganjaran.
Pada yang merembat, harap anda sempat bertaubat sebelum otak anda bersepai ditengah jalan (ntahlah, itu ilusi yang aku dapat masa aku nengok helmet hitam tu dah takda kat moto)!
Pada Tuhan, ampunkan dosa-dosa aku yang lalu dan kini. Sejahterakan kehidupan aku dan permudahkanlah urusan aku. Amin!
P:s- Benar sekali yang menulis ini bisa mampu mengubat jiwa yang kacau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan