Rabu, Julai 30, 2008

KELEBIHAN

Ni cerita hari yang sama sebelum kejadian.

Booth karaoke baazar danau kota berhampiran dengan Shell pada pagi ni seperti biasa, ada orang yang akan menyumbangkan suara pamerkan bakat. Pagi ni ada kelainan sedikit. Orang ramai sperti tertumpu pada nyayian seorang brader yang hebat mengalunkan lagi Search 'Fantasia Bulan Madu'. Ketika aku sampai, aku lihat brader tu nyanyi duduk di kerusi. Oh! mungkin orang ramai yang berkerumun tu tak pernah nengok orang nyanyi serilek itu kot! Tapi tekaan aku sangat menyimpang jauh!

Brader yang tak kurang hebatnya itu adalah seorang insan yang tak punya penglihatan (buta). Wah! aku agak terpana seketika dek kehebatannya menyanyikan lagu tersebut. Memang Tuhan tu adil kan? Setiap ciptaan-Nya ada kelebihan dan kekurangan. Walaupun brader tu tidak punya penglihatan, tapi dia punya suara nyayian yang bagus. Kalau lagu tu bukan Search yang punya, dah tentu aku akan kata lagu tu brader tu yang punya! Dia sangat bagus dan jujur bila dia bernyanyi!

Siapa yang tak ingat lagu tu, lihat le kat bawah ni.



P:s- So jangan melangit sampai lupa bumi. Bersyukur la setiap apa yang kita ada.

Tiada ulasan: