Rabu, Julai 16, 2008

ANTARA AKU DAN BLOG

:snow01:hemm... dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, ada dua blog ini yang selalu aku suka sangat lihat. Pada aku mereka ini punya pemikiran yang asing dari kebiasa an makhluk kat Malaya ni. Satu nya adalah milik seorang gadis yang punya pelmacam cerita dan satu lagi milik melayu minimalis seperti yang tertera dalam blognya itu. Pada gadisjahat, "wa caya sama lu n lu jangan give up tuk berjuang!" dan pada melayu minimalis "coretan lu ban yak membantu gua dalam memahami manusia yang kalut ini! keep on brother!". Aku? baru merangkak tuk paham dunia blog ini. Terus terang aku katakan aku adalah manusia yang ketinggalan dalam arena blogging ini sebab aku takder internet. Tapi la ni nasib baik dah ada maxis broadband walaupun banyak komen-komen dan forum-forum yang damn kan broadband ni, tapi aku tetap takder pilihan lain sebab lama sanga t aku minta streamyx tak dapat-dapat walau aku dah selalu sangat menalifon mereka tetapi jawapan tetap sama seperti direkod-rekod. Huh! hampeh sungguh!!!:ayokona:

Tiada ulasan: