(foto ini aku amik dari internet)
Ini hasil dari pendapat dari aku yang bodoh dan dangkal. Tentu saja korang kenal dengan dua orang pelakon yang aku kira sangat hebat dan berpengaruh dalam dunia hiburan. Secara ringkasnya aku nak cerita tentang mereka adalah mengenai persamaan yang tidak sengaja timbul dari permerhatian aku yang rabun ini. Semua sedia maklum bahawa hero Malaya kita ini (bukan SRK ye!) Hans adalah seorang yang setiap tahun meraikan perayaan hari natal (krismas daa!) betulkan aku kalau aku yang silap. Bukan isu agama yang aku nak bangkitkan tetapi mengenai karektor atau watak yang selalu hero kita ini dapat. Hero kita ini sering saja melakonkan watak-watak Melayu yang pada aku sangat sempoi. Yelah, orang yang bukan Melayu memainkan watak Melayu. Sehinggakan ada juga yang sangka dan ingat yang Hans ini anak kacukan Melayu. Mungkin satu hari nanti dibukakan hati Hans oleh Tuhan untuk menjadi muslim hasil tempias watak-watak yang sering dia lakonkan. Manalah tahu ye tak. Itu kerja Tuhan. Okey! apahal pulak dengan SRK? SRK ni pulak dilahirkan sebagai muslim. Pada yang nak tahu tu klik kat sini.
Tapi pada aku yang kurang enaknyer bila dia berkahwin dengan isteri tercintanya, Gauri dalam satu upacara perkahwinan mengikut budaya Hindu. Ramai aku rasa 'kipas susah mati' SRK ni yang tahu, terutamanya makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik yang minat kat dia. Watak-wataknya pun memang watak yang bukan bercirikan muslim. Al maklumlah filem Hindustan bukan filem Muslimstan. Ini bukanlah satu isu yang baru berlaku. kes berlainan agama ni banyak juga di Indonesia. Kahwin atas dasar cinta tapi masih tidak mahu menukar agama kepada Islam. Pelik pada aku yang dungu ni mengapa ia boleh berlaku. Maknanya aku kena belajar banyak perkara lagi supaya aku tak kalut!
Perbandingannya adalah Hans bukan muslim banyak mainkan watak orang muslim (fahaman disini ialah masul melayu!) dan SRK pula seorang muslim main pula watak yang bukan muslim (entah le, dari sudut tontonan aku ada juga perkara menyembah patung dan lain-lain perkara yang boleh menggugat keimanan itu berlaku. Ikutkan cikgu yang pernah mengajar perkara yang mengganggu iman dan akidah adalah melalui lisan, perbuatan dan niat. Walaupun alasan ko tu ko hanya sekadar berlakon. Hukum tetap hukum!)

Emm...jadi macam mana? aku sebagai kawan atau orang melayu Islam sangat suka mengingatkan korang supaya jaga lah diri tu sentiasa terutamanya keimanan dan akidah kita supaya kita tidak kalut! Ada paham?
p:s 'kipas susah mati' tu maknanya 'die hard fans'- aku cilok dari majalah 'Gempak' dan sealiran dengannya. harap maklum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan