Isnin, Ogos 31, 2015

TEATER MUZIKAL SUPERHERO!

Teater Superhero adalah sesuatu yang harus ditonton dan tidak boleh dilepaskan. Sewajarnya teater ini ditonton oleh para pengiat seni dan juga pentadbir seni tanah air. Ia bukan teater semberono, cerita nya jelas memaparkan visi dan misi bagaimana kelangsungan sesebuah komuniti seni harus terjadi. Seperti mana yang berlaku kini atau dimana-mana, kebanyakkan kumpulan kecil yang mahu memulakan kegiatan jarang sekali dapat sokongan yang padu dari mereka yang berkemampuan. Adakalanya ia berkaitan dengan sistem apabila ada dana dan pembiayaan tertentu. Tidak kesemua kumpulan kecil ini akan mendapat bahagiannya.

Ia adalah sebuah persembahan yang sepatutnya diraikan. Walau pernah dipersembahkan pada tahun lalu, kini ia kembali dalam ruang lambang sari Istana Budaya sebagai pengantian kepada sebuah teater muzikal Generasi Y yang ditunda tarikhnya.

Kali ini, Along Eyzendy digandingkan bersama Taiyuddin Bakar, berserta Akmal Ahmad, dan beberapa lagi pelakon yang lain serta dibantu oleh Projek BB dan Gerakan Bangkit.

Ceritanya dekat di hati. Wataknya melekat hingga kita rindu dengan aksi, spontan dan cara mereka berinteraksi. Lakonan yang jelas oleh setiap satu dari mereka yang bermain hinggalah kepada paduan dan iringan lagu serta muzik yang ditampilkan oleh Ayop pada persembahan ini. Gandingan Ayop bersama kumpulannya memberikan rasa yang padu pada naskah dan arahan dari Khairunazwan Rodzy ini. Sungguhpun Ayop pernah terlibat dalam setiap siri pementasan teater oleh Revolution Stage, sentuhan lagu dan muzik pada setiap kali persembahan adalah berbeza-beza.

Wan RS sangat pandai dalam menggunakan esemble pada ruang yang kosong. Dalam Superhero, tiada set mahupuan props. Yang ada hanya sekadar ruang kosong dan beberapa unit bangku sebagai multi purposes props untuk para pelakonnya.

Ini adalah persembahan muzikal, muziknya live. Walaupun ringkas, ianya cukup dan memuaskan, para pelakon dan ensemble menyanyi dengan baik sekali. Kerana itu lah gua katakan teater ini harus ditonton dan mesti ditonton!

Mungkin ini adalah pengulangan persembahan yang baik. Tapi apabila ia dipentaskan pada waktu dan tarikh yang sangat genting (perhimpunan Bersih 4.0,  hari cuti sempena Merdeka), ia menjadikan tidak begitu ramai yang peka dengan kewujudan persembahan ini. Walaupun pada dasarnya ia sebagai suatu persembahan ganti sebagai tanda hormat atas kerjasama seluruh ahli yang terlibat dalam teater muzikal Generasi Y yang ditunda persembahannya.

Ini uniknya kumpulan RS ini. Berbekalkan Cinta dan Kaseh Sayang, keseluruhan ahli kembali berhimpun dan bekerja keras dalam memastikan persembahan SUPERHERO the MUSICAL ini berjaya! Ini benar-benar merupakan GERAKAN BANGKIT yang diwar-warkan oleh mereka. Dalam realiti mereka sendiri menjayakan produksi walau tanpa dana dan pembiayaan. Ini semuanya dilakukan demi kelangsungan seni teater tanah air.

Kudos untuk Khairunazwan Rodzy, Revolution Stage, Para Pelakon SUPERHERO the MUSICAL, Projek BB, Gerakan Bangkit dan sudah tentu tenaga produksinya yang begitu setia dan bertungkus lumus demi memastikan persembahan ini mempunyai kualiti dan benchmark nya yang tersendiri!






p.s : Hanya Perlu Percaya!

Tiada ulasan: