1. "Sunyi itu senyap sekali bunyinya. Tiada ruang suara. Indah itu hadir
tanpa kata bicara. Tapi kita tahu makna isi intipatinya. Kan?"
2. "Kisah chenta kita tidaklah seperti cerita dongeng, kisah kita ini
cerita yang benar terjadi persis sejarah hakiki. Ingatkan itu ya?"
3."Minta saya menghadapi naga berapi pasti saya mampu. Minta saya menatap
mata kamu, maaf, saya belum mampu. Hebat benar mata mu itu ya?"
4. "Di jatuhkan saya di tempat tertinggi di dunia sekalipun, tidaklah saya
berasa gayat. Saya pasti gayat bila tahu saya jatuh hati pada kamu."
5. "Saya punya hak dan pilihan untuk merindui. Biarpun pada siapa ditujukan rindu itu, nilai ertinya pasti berbeza bukan?"
6. "Kalau dah merajuk, jangan kata di depan mata, di dalam mimpi pun lum tentu mahu berjumpa. Rajuknya panjang amat."
7. "Saya selalu bermimpi indah. Malam ini mahu mimpi ngeri. Biar ada variasi seperti mana kita menonton tv atau muvee. Ya?"
8. Sesuatu yg indah itu pasti ternyata indah bila kita tahu bagaimana untuk mencorak indahkan ia... *pujinggarasa
9. "Andai aku ilang di ruang mata, carilah aku di pelusuk dunia sekalipun
pasti x akan b'jumpa. Carilah aku di hati kamu, pasti akan ketemu."
10. "Pembangunan itu kejam jadinya bila mengambil ruang lama tanpa
menggantikannya dengan ruang baru yang sama nilai dengan ruang yang
lama."
11. Di antara chenta dan kaseh sayang, yang membuatkan kita sama adalah parut BCG di lengan kiri kita. Keh keh keh!
12. Kadang-kadang ada perkara kita tak perlu fahamkan pun. Cuma perlu dengar dan ingat.
13. "Malam tidak lagi buat aku bermimpi tentang kamu. Buat apa perlu
bermimpi lagi sedangkan kamu hadir dalam realiti sehari hari..."
p.s : menulis itu harus jujur. jangan dipaksakan ia untuk muncul. dia takkan muncul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan