Tahun masihi. Tahun gregorian. Ada yang menyambut raikan. Ada juga yang tidak. Gua dalam kategori yang kini tidak lagi meraikan pada penghujung malam. Tidak seperti lazimnya tahun 96-2000. Waktu maseh lagi remaja. Masih muda segala benda, masih nak cuba pelabgai perkara.
Dulu lokasi pilihan adalah dataran atau KLCC.. Dari rumah ke lokasi kejadian, gua dan kawan-kawan akan menaiki bas dan tren. Tapi bila dah terlajak masa, lewat pulangnya, kami akan ramai-ramai berjalan kaki pulang ke rumah. Dari KLCC/DATARAN menuju ke Jalan Ipoh, masuk ke Segambut dan laluan ke Jalan Kuching. Memang jenis balas dendam berjalan. Seronok nye bukan dek kerana persembahan atau bunga api yang memancar hebat, tapi kerana dapat berkumpul dengan kawan-kawan yang pelbagai perangai.
Itu dulu lah. Kini gua suka duduk di rumah sahaja. Elak dari berhimpun di ruang yang ramai orang. Bukan kerana tak biasa, sebab dah terlalu biasa hingga tiada lagi rasa istimewanya. Mungkin juga zaman itu dah berlalu. Ada cara lain yang lebih molek untuk meraikannya.
Pada tahun lepas muga ianya sentiasa menjadi kenangan terindah. Muga tahun ini maseh lagi indah dan bersinar cerah. Tahun ini tahun penuh tanggungjawab dan tugas baru. Muga lunas langsai dengan selesa penuh bergaya.
p.s : terima kaseh dua kosong dua belas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan