Aku cuma akan berada pada mereka yang reti hargai kehilangan, yang tahu dan sedar akan kekurangan. Pada kamu yang tidak kenal rasa itu, ini bermakna, aku bukan lagi untukmu dan engkau ternyata tidak akan jadi milikku. Biarpun sampai bila-bila walau bulan purnama menjadi galang gantinya.
Hubungan indah ini hanya terhasil apabila diantara kita ada tali yang mengikat rasa. Sedar bila antara kita ada yang tiada. Ini satu keperluan. Saling memerlukan. Elaklah pentingkan diri. Hidup ini bukan kau seorang sahaja yang punya.Berkongsilah selagi ada. Ya?
p.s : resmi manusia. bertukar ganti rasa rindunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan