Ahad, Disember 02, 2012

CERTOT : RINDU DIABETES

Awak tahu tak, bila saya rindukan awak, saya akan beli dan makan sekeping coklat yang selalunya menjadi kesukaan awak. Pembalut nya saya simpan, tidak dibuang. Saya kumpul satu persatu dalam kotak berbentuk hati. Hari demi hari. Dari sekotak, dah jadi lima, sepuluh, dua belas. Makin lama makin banyak. Mungkin akan bertambah-tambah lagi. Entah bila lah saya nak berhenti begini ya?

Sampai sekarang pun saya masih lagi mengumpul pembalut coklat kesukaan awak. Isinya saya makan habis. Rindu benar saya pada awak walau awak tak pernah pun rindukan saya.

Esok saya kena masukkan ke hospital. Doktor kata saya dah obesiti. Malah saya juga kena kencing manis. Tapi saya okey je. Saya tahu saya kena penyakit tu pun sebab awak. Sebab rindukan awak. Kalau saya hilang anggota badan pun saya okey, sebab saya tahu saya hebat dalam merindukan awak. Biar pun sampai bila-bila.

Hebatkan saya?

p.s : manes tu kan penyakit. senyum tawar aje.

Tiada ulasan: