Isnin, November 12, 2012

CERTOT : SUDUT

Di sudut itu, aku melihat sesusuk tubuh gemalai ayu. Gagah menari lenggok srikandi. Beralun irama gempita pendekar, bertapak kemas, penuh rasa asyik. Aku di situ terkaku padu. Mata bertentang mata, Hanya satu hantaran rasa. Apakah engkau merasakannya seperti mana aku yang malu untuk meluahkannya?

Jika aku pendekar juga, tak ku gentar mengahadapi rasa.
Jika aku pendekar juga, tidak ku malu meluahkan cinta.
Cinta pada srikandi perkasa.
Pada lenggok ayu tarian pusaka.

Di sudut itu, aku setia menunggu. Seperti selalu. Selamanya aku, selagi aku malu, selagi itu tak ku berganjak dari sudut itu. Sudut aku melihat kamu.

p.s : bila hujan rintik menjadi lebat.

Tiada ulasan: