Rabu, November 28, 2012

CERTOT : PENDAM

Setiap hari dilayangkan kata selamat pagi. Kononnya mahu menjadi yang pertama sekali pada setiap pagi. Tak putus-putus. Dia juga sedaya upaya untuk menjadi yang terakhir sekali mengujarkan kata selamat malam, agar dia juga yang menjadi orang terakhir pada hari sebelum si puterinya lena. Setahun lebih dia begitu, selalunya begitu. Dia sedaya upaya mahu si puterinya lihat yang dia sentiasa ada. Mahu diingati hingga pasti dan jadi.

Satu hari di tahun yang baru, si puteri bertemu puteranya. Si dia mula resah tak terhitung pedihnya. Dia merajuk diri dan hati. Dia bawa lari hatinya pergi. Tiada lagi kata selamat malam dan pagi. Bila kata itu berpindah milik.

Si puteri rajin sekali menjadi yang pertama dalam mengucapkan selamat pagi pada si putera. Malah har-hari. Si dia bertanya pada diri, mengapa tidak berlaku pada dirinya setiap pagi dan hari? Mengapa tiada terasa hati pada si puteri yang dia dah berdiam diri?

Mungkin dia bukan apa yang si puteri cari. Tiada rasa kehilangan. Tiada rasa kekurangan. Benarlah, bila diri bukan menjadi kepentingan, sudah tidak perlu lagi berusaha sekuat setinggi mana pun. Bila segala nya itu tidak diendahkan. Biar tiada depan mata, dalam hati tetap mekar berbunga mesra.

Kini dia kembali pada asalnya dahulu. Tiada lagi rasa mahu muncul seperti dulu. Diam adalah perlu. Diam adalah apa yang dia mahu. Bukan dia tak berani untuk mengambil apa yang dia mahu, ini bukan pertandingan. Bukan sekadar luahan kosong yang perlu diujarkan. Dia suka menunjukkan bukti rasa dari bermain kata. Dia tahu apa yang dia mahu, dia cuma mahu agar segalanya matang dan masak benar sebelum dia menyatakan kaseh pada puterinya itu.

Namun, semua hanya tinggal imaginasi indah dalam kepala. Sukar untuk direalisasikan. Menunggu keajaiban dari TUHAN.

p.s : datang Le Je La Julia. Tentu indah.

Tiada ulasan: