Rabu, Oktober 17, 2012

RATNA KADHAL

Begini kisah ceriteranya...
Bila kamu dan kamu ingin sesuatu pembaharuan dalam ceritera hidup, diari yang diisi dengan elemen surprise dan diluar jangkaan, apa kata anda mulakan dengan satu perkara yg BARU, yang tidak pernah anda lakukan selama ini. Maaf, ini bukan iklan MLM, jauh sekali skim cepat kaya. Kita tidak ada apa lagi yang mahu dan boleh ditawarkan kepada anda, kecuali produk ini ;-

Mengapa teater yang kami suakan? Tetaer adalah seni berkumpulan, dalam nya ada kasih yang terbina, brotherhood yang terjelma, semangat percaya diri dan keluarga, gelak sedih yang dikongsi sama hala sama rasa, Hasilnya adalah sebuah cerita dan ceritera yang dipersembahkan semula kepada anda. Ini kisahnya, RATNA KADHAL namanya. Datang jika sudi dan mahu. Jika tidak sehala, sebar hebahkan sahaja. Sebab antara kita pasti ada sejarah yang MUNGKIN terjelma!

Info persembahan : -



p.s : jangan ditanya bila, di mana akan masa dan harinya. segala sudah tertera di poster, Jika lapar akan maklumat semasa, takkan lagi mahu disuap sua. Kan ada link yang tertera, KLIK lah sahaja! Jumpa di sana!

Tiada ulasan: