Isnin, Ogos 06, 2012

RAMADHAN 11 hingga 16

Ada satu kejadian di food court Pavillion. Gua dengan teman gua ada di situ. Di meja yang berdekatan dengan tempat kejadian. Macam biasa, kami ini suka melihat dan menafsir gelagat orang. Bukan untuk lihat yang kami ini hebat, sekadar lihat bagaimana respons orang terhadap persekitarannya. Bila kita berada di food court yang memang ternyata ramai manusia dengan ragam yang pelbagai perkara. Mentelahan pula petang itu merupakan satu petang di bulan Ramadhan. Pada gua bulan Ramadhan adalah bulan di mana manusia akan terlalu beria ia dalam pemakanan. Bab itu kita cerita kemudian. Mari fokus semula pada jus cerita kejadian ini.

Ada satu meja di tepi kami, duduknya dua orang kakak yang segak bergaya. Pandai berfesyen. Datang satu pasangan yang lainnya ingin duduk di meja kosong yang berada di tepi mereka. Tapi sayangnya, kerusi pula tiada di situ. Si lelaki cuba mendapatkan kerusi di meja-meja yang lain. Ternyata dapatlah satu. Maka diberi pada perempuannya itu. Ya, dia lelaki yang GENTLEMEN. Maka terkesan lah gua pada satu kerusi yang kedua kakak tersebut meletakkan beg tangan masing-masing. Ah! apa salahnya jika mereka memberikan kerusi tersebut pada pasangan itu?

Bukan gua sahaja yang terkesan, ada KAKAK dengan SUAMInya yang berada di sebelah mereka juga terkesan kepada perkara yang sama. Maka kakak itu pun bertanya.

"Kerusi itu guna tak?"

"Ya. Ada kawan." jawab mereka,

Maka lelaki tadi akur sahaja dan berdiri menanti kerusi lainnya.

Gua yang terlihat kepada perkara itu, menunggu juga kawannya datang. Jadah apa mereka ini menipu! Sampai ke sudah, kawannya itu tiada!

Mujur dalam masa yang terdekat, ada yang sudah habis berbuka dan menyantap makanan beredar ke tempat lain. Maka dapatlah si Lelaki tadi kerusi untuk diduduki dan mereka pun sudah boleh menjamah juadah makanan mereka.

Persoalan nya di sini, mengapa KAKAK BERDUA itu begitu mementingkan diri. Apa salahnya jika beg tangan mereka itu, mereka ribakan? Mengapa tiada kesedaran, bahawa ruang makan itu memang padat dengan manusia, adakah beg mereka itu lebih penting dari rasa kesedaran untuk berkorban? Apakah mahal benar beg nya itu berbanding rasa simpati pada manusia? Ya, memang pasangan itu bukan bangsa kita, tapi janganlah sampai engkau menipu segala. Kau tipu pasangan itu. Kau tipu kakak dengan suaminya itu. Kau katakan bahawa kerusi itu untuk kawan kau, tapi sampai kau habis makan, dan gua abis makan pun kawan kau itu tiada!

Gua kecewa benar dengan sikap sebegini. Gua bukanlah manusia perfect, tapi gua akan punya rasa bersalah jika gua tak dapat bantu meringankan beban dibahu manusia lain. Bukan bangsa, agama atau kepercayaan. Tapi ia didorang atas dasar KEMANUSIAAN.

p.s: belum berbuka dah menipu. macam mana nak kira itu?

Tiada ulasan: