Ramadhan ini datang dengan pakej. Selalunya begitu. Ia sentiasa hadir dengan aroma kesukaan dan keindahan manusia yang sentiasa mendepa tangan menerima keadaan ini dengan rasa suka dan gembira. Selalunya itu. Bagaimana kita mahu merasakannya?
Aroma dan bauan dari bazar Ramadhan?
Aroma dan bauan bunga api, mercun dan meriam buatan sendiri?
Aroma dan bauan, kuih muih yang dibeli atau yang dibuat sendiri?
Aroma dan bauan dari hidangan moreh di surau dan masjid?
Hening nya subuh. Amannya subuh.
Aroma dan suara lembut manusia bertadarus Al Quran,
Aroma dan suara indah kita berterawikh menyembah TUHAN,
Tidak kurang juga,
Lazimnya kita ini selalu menunjukkan handal tanpa sebab musabab yang munasabah. Cedera parah dek kerana mercun atau meriam buatan yang meletup terpelanting lantas terkena serpihan itu ke muka dan badan sendiri. Cedera di sana sini.
Itu indahya Ramadhan ini. Unik nya ia ialah secara tiba-tiba ia akan menyatukan kita semua. Baik yang dekat mahupun jauh. Kita sudah punya penjadualan tertentu, dengan siapa dan di mana kita mahu berbuka. Sama ada dalam kumpulan kecil atau besar. Situasi yang ini jarang kita lihat di hari-hari biasa yang LAZIMnya menjadikan kita manusia yang individualistik.
Banyak lagi juga yang boleh di ngomelkan, tapi tunggulah bila kerajinan ini tiba dan hadir menunjukkan belangnya.
p.s : Tiada apa yg diminta kecuali muga kita bertemu dengan RAMADHAN yang seterusnya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan