Isnin, Julai 23, 2012

RAMADHAN : 2

Lazimnya bulan-bulan puasa zaman gua kecil dulu, yang seronoknya adalah bila waktu petang sementara tunggu berbuka, pasti dah tercongok gua kat depan TV tuk mengikuti siri 'Rumah Kedai'. Pada yang sezaman dengan gua sudah tentu sedia maklum betapa seronok dan 'rare' nya siri tu kat kami. Nilai sentimental nya sentiasa tinggi dan ada. Tak lama lepas siri tu ditamatkan , pada gua yang kembali memberi kesan adalah rancangan 'JEJAK RASUL'. Itupun yang musim pertama dan kedua. Musim yang selebihnya tak begitu menyengat sangat. Pada gua lah. Tapi musim yang gua kira 'ngetop' kini, ialah musim bermuka-buku dan Twitter. Istagram pun lebih kurang sama. Tertanya juga gua, akan datang ini, mungkin Muka Buku, Twitter dan Instagram atau Skype pasti menerima nasib yang sama macam siri 'RUMAH KEDAI'. Lu orang kenal MiRC? tak kan?

p.s : Gua petang-petang dulu suka main nyuruk-nyuruk, tak guna banyak tenaga.

Tiada ulasan: