Seperti gegak gempita, lagak nya persis seorang komando terulung. Siap siaga sepanjang masa. Setiap ketika dan detik yang tersisa. Kali ini walau apa pun yang terjadi dia harusnya hadap dan berhadapan walau akhirnya dia akan TEWAS.
Kali ini dia harus MENANG. Tidak mahu kali tewas dengan panahan panah yang sering menujah tujah hidupnya. Sekian ini dia sering sahaja tewas dan juga selalu dikecewakan pada waktu dia bersungguh-sungguh. Permainan JIWA ini sering saja berlaku KEJAM dan tidak ADIL pada dirinya.
Bila lebih dari tiga kali dia TEWAS dalam permainan yang sama, dia segera bangkit dan sedar dari lenanya yang manupulasi jaga matanya ini. Dia segera menyiapkan diri dengan segala kelengkapan. Dia harus menangkis setiap serangan. Dulu mungkin dia LEKA. Sering diserang secara tiba-tiba. Kali ini tidak lagi. Dalam peperangan nya kali ini HAMPIR 5 yang telah ditewaskannya. Sengit benar peperangan ini. Serangan yang bertubi-tubi menjengah dia kini.
Ah! Datang lagi serangan dari yang ke-6!
Ke-7!
Ke-8!
10!
12!
13!
14!
15!
Jadah apa mereka ini? Bertubi-tubi!
Kali ini dia benar-benar nekad! Dia tidak akan biar dirinya di buli lagi! Kali ini perasaannya harus tidak di panah lagi! Persetankan semua perasaan, persetankan ia!
*15 ekor CUPID telah dicatakan dalam buku lejarnya itu. Hingga kini dan saat ini, dia menunggu bilangan yang ke - 16 dan seterusnya. Biar pun dia semakin di makan usia. Dia tidak akan menyerah selagi belum kalah. Tidak lagi. Biar sampai bila-bila.
p.s : panah beracun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan