Lazimnya begitu.
Bila dia melayang mahu, menghinggap di situ.
Di dahan kematu kering.
Mengintai kamu dalam pejam tanpa celik.
Dan kamu masih di pinggir yang sebelah lagi.
Seperti biasa, berdandan bertocang dua,
menguntum senyum mekarnya berbunga.
Begitu garing sekali.
Indah. Sangat.
Akhirnya dia tahu yang engkau sebenarnya kejam.
Membikin dia berangau angau sepanjang malam.
Benarkan dia berdendam,
Agar nanti nya dia balas dengan cinta yang paling dalam!
p.s : jiwa sejiwa sesiapa saja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan