Isnin, Jun 18, 2012

CERTOT : KANVAS, PENA dan...

Jika diberikan aku kanvas putih beserta segala macam warna. Aku hanya terlopong nganga tak tahu berbuat apa-apa.

Bukan tak reti. Cuma aku khuatirkan jika corak lukis yang aku cantingkan itu akhirnya kau kurang mengerti.

Kemudian aku meminta akan sekeping kertas kosong, sebatang pensel tajam atau sebatang pena biru. Maka akan ku larikkan mata pensel dan kutulis segala macam lagu dan puisi hingga tajam pensel itu menjadi tumpul dan kontot.

Bila pensel itu habis fungsinya, maka ku sambung dengan si pena biru. Ku lukis dengan kata-kata indah dan manis, biar ia dlihat oleh mu, di baca oleh mata nakal mu, yang aku bersungguh dalam mengasihi mu. Sehingga si pena biru pun kering dakwatnya. Maka aku gantikan pula dengan kata kata dari mulut ku, biar di dengar oleh sekalian pelusuk alam. Mungkin tidak merdu. tapi itu yang ku mahu engkau tahu hingga kau sendiri yang memberhentikan aku.

"Tanpa kata, lukis dan baca. memang benar, hanya aku yang kau cinta..." kata mu dengan jari telunjuk di bibir merah ku.

p.s : diam ku berisi padu.

Tiada ulasan: